Sekiranya anda mencari sesuatu untuk dimasak kepada anak anak anda, dimana ianya mudah, tidak pedas dan pasti akan digemari, disini kami sediakan resepi bihun goreng Singapore untuk anda. Bihun goreng Singapore amat mudah untuk dimasak kerana ianya tidak memerlukan banyak bahan. Berbeza dengan bihun goreng yang biasa kita lihat, bihun goreng ini putih warnanya. Selain daripada itu, ianya juga ada rasa pedas sensasi yang didapati oleh lada hitam.

Bihun juga amat sesuai untuk dimasak apabila ada tetamu datang. Sekiranya anda mahu sediakan juadah yang cepat tetapi lazat, terutamanya kepada tetamu yang datang tanpa notis, bihun goreng ini juga sesuai untuk anda. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi bihun goreng Singapore ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Habeebah Md Daud, resepi ini katanya telah diturun oleh mak mertua beliau. Resepi ini juga telah mendapat sebanyak 9.3 ribu share di Facebook. Banyak tu! Let’s check it out!

Resepi Bihun Goreng Singapore

bihun goreng singapore

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A

bihun goreng singapore

image via Facebook

Bahan rencah:

  • Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.

    bihun goreng singapore

    image via Facebook

  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

    bihun goreng singapore

    image via Facebook

Mudah dan cepat bolehlah dicuba minggu ini sebagai menu sarapan pagi atau dijamu pada tetamu. Pasti menjadi bualan tetamu nanti.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kawan – kawan anda dan ahli keluarga ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.