Kali ini kami bawakan kepada anda resepi kek keju jepun bajet yang amat lazat seperti di kedai! Walaupun begitu, resepi ini pastinya lebih jimat dan mesra ekonomi. Hidangan kek ini amat sesuai dihidangkan di majlis keraian seperti sambutan hari jadi. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut dan hidangan minum petang.

Terdapat 3 langkah utama yang perlu diikuti di dalam pembuatan kek keju ini. Ianya juga terdapat 3 bahagian bahan yang seharusnya disediakan terlebih dahulu. Cara pembuatannya tidaklah sukar, hanya dengan mengikuti langkah – langkah dan tips secara teliti anda boleh menyediakan kek ini sendiri.

Buat pencinta kek keju, resepi ini amat sesuai buat anda kerana rasanya yang kaya dengan keju, lembap dan cair di mulut! Resepi ini telah dikongsikan oleh Permata Pink dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Kek Keju Jepun Bajet

kek-keju-jepun-bajet
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

A:

  • 200ml susu full cream
  • 5 keping cheese slice
  • 70g mentega

B:

  • 3 biji putih telur gred A
  • 70g gula icing
  • 1 sudu teh cream of tartar (atau 1 sudu teh jus lemon)

C:

  • 3 biji kuning telur gred A
  • Essen Creamy Vanilla
  • 70g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 1 sudu teh baking powder

Cara – cara memasak:

A:

  1. Panaskan susu dan cheese slice sehingga larut, matikan api.
  2. Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair. Biarkan suam.

B:

  • Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing & cream of tartar.
  • Campurkan sampai bertanduk sikit (bila terbalikkan mangkuk tak jatuh).
  • Jangan overbeat ye.

C:

  1. Campurkan kuning telur dgn esen vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (daripada B).
  2. Gaulkan sebati, Masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder, gaul sehingga sebati lagi.
  3. Kemudian, masukkan adunan putih telur (daripada A) tadi kaup balik hingga adunan rata.
  4. Masukkan dalam loyang (saiz 7 inci).
  5. Loyang pastikan sapu mentega dulu sekeliling & bawah.
  6. Alaskan baking paper kat bahagian bawah kek sahaja.
  7. Bakar secara waterbath (loyang kek isi dalam loyang isi air) 60 minit suhu 150-170C mengikut ketuhar masing-masing.
kek keju jepun bajet 2
Imej via Facebook

Nota:

  • Pastikan anda panaskan ketuhar dulu & air dalam loyang panas juga.
  • Untuk memastikan meringue (putih telur kental) menjadi, pastikan anda menggunakan telur segar – senang nak asing putih & kuning.
  • Pastikan tiada kuning telur lansung didalam putih telur.
  • Pastikan juga tiada air pada bekas dan perkakas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.