Selalunya, paprik sering dipesan di restoran – restoran sekitar kita dan menjadi salah satu pilihan kegemaran kita. Paprik merupakan sajian yang berasal daripada Thailand. Pad bermaksud stirfry dan prik bermaksud cili. Gabungan daripada kepedasan cili, bersama dengan rasa yang unik daripada daun limau purut pasti seakan – akan membawa anda ke Thailand.

Cara pembuatan seafood paprik ini amat mudah dan menjanjikan hasil yang lazat dan memikat hati sesiapa sahaja. Aromanya yang lazat juga pasti akan menarik minat dan membangkitkan selera. Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi ini!

Resepi ini telah dikongsikan Fauziah Yahya dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Seafood Paprik

paprik seafood

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 100gm udang
  • 100gm sotong
  • 100gm bunga kobis
  • 5gm kacang panjang
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1/2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili padi
  • Sedikit daun limau purut

Bahan B:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb cili boh
  • Sedikit minyak masak

Bahan C:

  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb cili sos
  • Sedikit kicap pekat
  • Gula dan garam secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan kuali, masuk kan minyak masak dan tumis kan bahan B sehingga naik bau.
  2. Kemudian masuk kan udang dan sotong.
  3. Biarkan seketika, lalu masuk kan bahan A dan biarkan selama 2 minit sambil kacau.
  4. Akhir sekali masuk kan bahan C dan biarkan ia mendidih.
  5. Sedia dihidangkan.

 

Resepi – resepi lain yang menarik:

Wah mudah bukan resepi seafood paprik ini? Mahu cuba resepi lain juga? Di sini kami sertakan beberapa resepi yang anda boleh cuba bersama kenalan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.