Sesiapa yang bercuti ke Sarawak belum sempurna lagi kalau belum mencuba atau membeli kek lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak ialah kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia. Bentuknya sangat menarik dengan warna yang berlapis-lapis.

Kek lapis biasanya dihidangkan pada majlis-majlis khas, majlis-majlis besar, hari raya mahupun majlis perkahwinan. Kek ini biasanya dipanggil kek lapis sarawak, kek lapis moden sarawak atau kek lapis sahaja.

Anda yang teringin memakan kek lapis Sarawak tidak perlu lagi jauh-jauh pergi ke Sarawak atau pergi ke kedai kek untuk membeli kek ini. Yang perlu anda lakukan iaitu, baca dan cubakan resepi yang kami kongsikan di bawah ini.

Resepi kek lapis masam manis yang dikongsikan oleh Salwa Adam di Facebook. Seterusnya, anda cuba resepi kek ini kemudian sajikan kek lapis sedap buatan anda kepada jiran dan kerabat anda. Sila cuba.

Resepi Kek Lapis Sarawak

kek lapis

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 10 biji telur gred A.
  • 1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan).
  • 1/2 tin krimer manis (resepi asal 1 tin).
  • 1 1/4 buttercup.
  • 1 packet haw flakes.
  • 2 1/2 cawan biskut lemak yang telah diblend. (Guna biskut lemak cap pingpong. Ada resepi yang menggunakan biskut mari. Tapi percayalah penggunaan biskut lemak akan buat rasa kek jadi luar biasa sedap dan mengeluarkan bau yang menyelerakan).
  • 1 sk esen vanilla.
  • 1 sk serbuk penaik. *Optional
  • Pewarna hijau dan kuning.

Cara membuat:

1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul2 kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.

2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.

3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Mix hingga sebati.

4. Masukkan kuning telur dan mix kan sebati.

5. Sambil mixer ON, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis.

6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.

7. Panaskan periuk kukus dahulu. Kemudian bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada taste masing-masing ingin warna kek terang mana. Sedia untuk dikukus.

8. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun haw flakes. Tutup periuk kukus dan tunggu hingga ± 10 min.

9. Kemudian masukkan lapisan kedua dan susun haw flakes. Selang selikan warna.

10. Ulang step yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20 min. Siap.

kek lapis

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek lapis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.