Antara zat penting yang mula merosot dalam badan bayi pada usia 6 bulan ke atas ialah zat besi. Ketika ini, susu ibu sudah tidak dapat menampung permintaan (demand) zat besi yang mencukupi apabila bayi mula cecah usia 6 bulan.

Bayi memulai proses weaning seawal umur 6 bulan. Maksudnya dari hanya menyusu susu badan atau susu tepung, bayi akan mula untuk makan. Menerusi daripada makanan, barulah bayi dapat zat besi yang mencukupi.

Kebanyakan ibu selalu pening memikirkan resepi apa yang sesuai untuk bayi 6 bulan hari-hari. Penting diketahui bahawa selepas mula makan, susu jangan dilupa pula. Naikkan jumlah makanan yang diberi dan mula kurangkan jumlah susu yang diberi sehingga usia anak cecah 2 tahun.

Di bawah ini ada 10 resepi yang penuh khasiat untuk bayi umur 6 bulan. Resepi ini cukup mudah dan senang. Lepas ini mommy tak payah pening-pening kepala. Cukup 15 minit, mommy sudah boleh berehat.

Puri ini boleh dibuat banyak-banyak dan anda tidak perlu risau untuk menyimpannya lama kerana ia dapat disimpan sehingga 2-3 bulan di dalam freezer. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh Redza Zainol di Facebook ini.

Resepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan Yang Sihat dan Penuh Gizi

1. Puri Lobak Merah dan Labu

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 50 g labu.
• 1/2 batang lobak merah (saiz sederhana).

Cara memasak:

1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.
2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut.
4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

2. Puri Keledek dan Bunga Kubis

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji keledek ( saiz sederhana ).
• 50 g bunga kubis.

Cara memasak:

1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
2. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

3. Puri Keledek dan Labu

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji keledek ( saiz sederhana ).
• 50 gram labu.

Cara memasak:

1. Labu dan keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Stim labu dan keledek yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Masukkan labu dan keledek ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

4. Puri Lobak Merah dan Kentang

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji kentang (saiz sederhana ).
• 1 batang lobak merah saiz sederhana.

Cara memasak:

1. Lobak merah dan kentang dibersihkan dan dipotong dadu.
2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

5. Puri Kentang dan Kubis Bunga

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 2 biji kentang ( saiz sederhana ).
• 50 gram kubis bunga.

Cara memasak:

1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.
5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.

6. Puri Epal , Pir dan Kayu Manis

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji epal merah.
• 1 biji pir hijau.
• Sebatang kayu manis.
• 3-5 sudu air.

Cara-cara memasak:

1. Potong dadu epal dan pir.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Tutup periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah-buahan tadi lembut.
4. Setelah lembut, keluarkan kayu manis dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati.

7. Puri Pir dan Avocado

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji pir hijau.
• 1 biji avocado.

Cara memasak:

1. Potong dadu pir dan renehkan dalam periuk selama 10 minit atau hingga pir jadi lembut.
2. Masukkan pir dan avocado yang didadu ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.

8. Puri Epal dan Pisang

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji epal merah.
• 1 biji pisang ( saiz sederhana ).

Cara memasak:

1. Potong dadu epal dan renehkan di dalam periuk selama 10 minit atau hingga buah-buahan tadi lembut.
2. Masukkan epal dan pisang yang telah dipotong-potong ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

9. Puri Mangga dan Avocado

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji mangga ( saiz sederhana ).
• 2 biji avocado.

Cara-cara memasak:

1. Potong isi mangga dan avacado dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisarkan sampai sebati. Campurkan sedikit air atau susu ibu jika perlu untuk memudahkan proses pengisaran.

10. Puri Epal, Pic Kering dan Kurma

resepi makanan bayi 6 bulan

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

• 1 biji epal merah.
• 4-5 pic kering.
• 1 biji kurma.

Cara memasak:

1. Potong dadu epal.
2. Hiris kasar kurma dan pic kering.
3. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan 4-6 sudu air.
4. Renehkan semua bahan selama 10 minit atau sehingga lembut.
5. Setelah lembut, kisar semua bahan hingga sebati di dalam mesin pengisar.

* Untuk semua resipi yang menggunakan air boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan.
* air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Makanan Bayi Umur 6 Bulan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.