Musim Raya Haji sudah tiba! Tak sabar rasanya. Seperti kebiasaan, pada musim raya haji, semua juadah akan dimasak bersama dengan daging. Tapi, apa yang uniknya disini, kita menggunakan daging tetel. Apa itu daging tetel? Ianya adalah lebihan daging – daging dan selalunya tidak diberikan kepada orang ramai.

Daging tetel ini biasanya mempunyai urat dan lemak dan itu, semestinya membuatkan juadah daging tetel ini bertambah lazat. Namun begitu, suka untuk diingatkan disini bahawa kita mestilah makan berpada – pada. Jika makan banyak, takut jumlah kandungan lemaknya yang tinggi akan membawa kepada kerosakan jantung dan pelbagai lagi penyakit yang berbahaya. Sayangi jantung anda!

Resepi yang kami bawakan ini adalah resepi asam pedas daging tetel. Biasanya, asam pedas dimasak bersama sama dengan ikan, dan kali ini kami bawakan kelainan, selaras dengan musim raya haji. Resepi ini dikongsi oleh Zaimah Zakaria di Petua dan Resepi dan tahukah anda resepi ini telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Jom kita cuba!

Resepi Asam Pedas Daging Tetel

asam pedas daging

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg daging tetel
  • 15 hingga 20 tangkai cili kering*
  • Bawang merah kecik 4 biji *
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia 1 inci*
  • Lengkuas 1 inci *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Belacan 1 inci *
  • 1 sudu kecil lada hitam *
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka (gunakan sedikit sahaja supaya tidak terlalu manis)
  • Garam secukupnya
  • Daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 3 batang serai ketuk

Cara – cara memasak:

  1. Cili kering, jintan & lada hitam direndam dalam air panas.
  2. Kisar bahan – bahan yang bertanda * sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan – bahan yang di kisar tadi sampai garing.
  4. Masukkan daging tetel, masak sampai keluar air daging.
  5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.
  6. Rasakan dengan garam dan gula melaka. Masak sehingga daging menjadi empuk.

Nota: Boleh juga kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Wah mudah bukan resepi asam pedas daging tetel ini. Sekiranya anda mahu mencuba resepi – resepi lain, disini kami sertakan beberapa buah resepi lagi. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.