Pizza adalah makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda. Rasanya amat lazat dan ianya juga mudah untuk didapati. Namun bagaimanapun, sekiranya anda mencari kelainan, atau ingin membuat sesuatu daripada air tangan sendiri, disini kami sediakan sebuah resepi yang amat mudah, mesra ekonomi dan juga unik.
Resepi yang kami bawakan ini, seperti yang telah dinyatakan di atas, ianya adalah mesra ekonomi. Jadi sekiranya anda pelajar, dan mahukan sesuatu yang boleh makan beramai – ramai, boleh cuba resepi ini. Resepi ini juga telah menjadi viral di Facebook. Sudah pastinya resepi ini menjadi kan?
Pizza merupakan juadah yang berasal daripada Itali. Biasanya ianya merupakan doh dan dihias oleh pelbagai topping yang lazat dan menyelerakan dan akan dibakar didalam ketuhar. Akan tetapi, apa yang uniknya dengan resepi yang kami bawakan ini, kita hanya akan menggunakan kuali. Dengan ini, sesiapa sahaja boleh mencubanya.
Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepi pizza kuali yang telah dikongsikan oleh Murni Rahmat dan sebanyak 108 ribu perkongsian telah dikongsikan di Facebook! Jom kita tengok!
Nota: Uli bahan di atas sekurang – kurangnya 5 minit
Bahan topping
Anda juga boleh letak macam – macam topping seperti
Nota: Tumiskan bawang holland dan bawang putih. Apabila sudah wangi, masukkan bahan basah yang lain. Contohnya seperti ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam kemudian ketepikan.
Nota: sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu, tuang mauripan didalam, masuk secubit gula. Selepas 2-3 minit, dah muncul buih – buih,baru campur dan uli tepung jadi doh.
Nota:
Selain daripada resepi ini, terdapat pelbagai resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan bersama rakan – rakan anda ya!