Kek chiffon adalah sejenis kek yang amat ringan dan ianya cair di dalam mulut. Ianya tidak menggunakan banyak bahan serta tidak muak. Oleh itu rasanya amat sedap dan ia amat digemari oleh ramai orang terutamanya orang Asia. Selain daripada itu baunya yang wangi itu boleh menambat hati sesiapa sahaja terutamanya peminat kek.

Kek Chiffon juga amat popular, terutamanya di Malaysia. Oleh itu, resepi yang dibawa kali ini menggunakan bahan seperti air daun pandan dan juga santan. Ini seiring dengan citarasa rakyat Malaysia yang amat menyukai santan dan daun pandan. Inovasi resepi seperti ini pastinya menunjukkan imej rakyat Malaysia yang mempunyai citarasa yang unik dan tersendiri.

Resepi kali ini telah mendapat banyak perkongsian dan like di Facebook, Oleh itu anda seharusnya mencuba sendiri resepi ini. Ianya telah dikongsikan oleh Imah Halimah. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kek Chiffon Pandan Kelapa

Resepi Kek Chiffon Pandan Kelapa
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 6 biji telur gred A atau AA
  • 1 sb ovellete (membukit)
  • 1/3 cawan air
  • 1 sb double acting baking powder
  • 1 sb santan kotak
  • 1 sb emulco pandan kelapa

Bahan B:

  • 1/4 cawan minyak masak dan 1 sb lagi (jika ada penimbang sukat 60gm)

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan A.
  2. Putar dengan kelajuan maksima sehingga kembang. Jika terbalikkan bekas, adunan tidak akan jatuh.
  3. Masukkn bahan b, kaup balik sahaja tidak perlu kacau beriya. Jika tidak, kek akan jatuh bila masak
  4. Alas loyang dengan baking paper. Tidak perlu sapu minyak. Jika tidak kek akan mngecut apabila masak.
  5. Kek ini untuk loyang 10 inci.
  6. Jika mahu buat saiz kecil, separuhkan sukatan semua bahan dan gunakan loyang 8 inci sahaja.
  7. Bakar dengan suhu 180C dalam 45 hingga 50 minit menggunakan api atas bawah.
  8. Setelah masak terus terbalikkan atas redai. Biarkan 10 minit baru keluarkan kek dari loyang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.