Jom masak dalca hari ini!

Siapa yang tak suka makanan khas Hindustan ini. Dalca, juga dikenal sebagai kaddu ka dalcha, ialah kari India yang dibuat daripada daging kambing, dal dan asam. Biasanya disajikan dengan hidangan nasi yang disebut bagara khana.

Terdapat pelbagai jenis dalca, ada dalca kambing, dalca ayam, dalca ikan dan dalca sayur. Di Malaysia pula, dalca biasanya dihidangkan dengan nasi tomato, nasi beriyani mahupun nasi minyak.

Masakan dalca dapat dihidangkan sebagai jamuan untuk acara majlis-majlis perayaan. Terutamanya untuk orang yang bercita-rasa India.

Untuk menjimat masa, kami hadirkan kepada anda resepi dalca sedap khas India yang dikongsikan oleh Muhammad Azhari di Facebook. Resepi dalca kaki dan tengkuk ayam. Selamat mencuba.

Resepi Dalca

dalca

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cwn kacang dhal
  • 1 pek serbuk kari daging (pek paling kecil)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 ulas bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • [email protected] tangkai cili kering (dikisar)
  • Daun kari
  • Buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Kaki & tengkuk ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 carrot
  • 2 biji terung bulat/panjang
  • Sedikit kacang panjang
  • [email protected] keping asam keping
  • Santan satu bji kelapa/santan kotak pek paling kecil

Cara-cara :

  1. Cuci bersih dan masak/rebus kacang dhal dengan sedikit garam di dalam periuk hingga agak lembut lebih kurang 20 minit. Bila kacang sudah lembut, padamkan api dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang bersama daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi dan masukkan serbuk kari (bancuh dengan air) dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan dengan api sederhana.
  5. Masukkan asam keping, kacang dhal, kaki dan tengkuk ayam, seterusnya masuk ubi kentang dan lobak merah. Lebih kurang 10 minit,masukkan terung.
  6. Tambah sedikit air sesedap mata memandang atau sehingga menutupi sayur.
  7. Last sekali masukkan kacang panjang dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi dalca,  kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.