Untuk para wanita yang bingung mencari resepi ikan tongkol yang sedap dan menarik, anda patut mencuba resepi gulai ikan tongkol ini pula.

Gulai ikan tongkol boleh dimakan sebagai lauk bersama dengan nasi putih mahupun nasi dagang. Ciri khas gulai ialah rasanya yang kaya akan rempah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili dan sebagainya yang kemudian dimasak dalam santan. Masakan ini dianggap sebagai bentukan lain daripada kari.

Bahan utama gulai boleh menggunakan ayam, ikan, daging kambing, daging lembu ataupun sayur. Gulai mempunyai aroma yang wangi, kuah santan yang kaya akan rempah sangat membangkitkan selera. Anda dapat menghidangkan gulai ikan tongkol sebagai hidangan harian untuk keluarga.

Di tempat asalnya, suku Minang, gulai sebenar terasa agak pedas kerana menggunakan cili api yang banyak dan cili giling halus. Namun setelah gulai berkembang ke berbagai negeri, rempah dan rasa gulai pun menyesuaikan selera setempat. Gulai yang berkembang di negeri Melayu lebih kepada menggunakan rempah kari india. Meskipun begitu, rasa, aroma dan bentuk gulai yang sudah masak selalunya membangkitkan selera.

Sekarang kami akan mengongsikan resepi gulai ikan tongkol yang sangat sedap yang dikongsikan oleh Arma Falisa di Facebook dan telah mendapat perkongsiam ramai. Sila cuba resepi ini dan selamat menjamu selera.

Resepi Gulai Ikan Tongkol (Sangat Menyelerakan)

resepi gulai ikan tongkol

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • 2 ekor ikan tongkol saiz sedang, potong beberapa bahagian.

Bahan Kisar

  • 5 biji bawang merah.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 2 inci lengkuas.
  • 7 tangkai cili kering direbus.

Cara Memasak Gulai Ikan Tongkol

1. Rebus ikan tongkol dahulu dengan asam keping anggaran dalam 5 keping, gula melaka atau nisan dlm separuh serta garam. Rebus sampai air hampir kering.

2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.

3. Bancuh 1 pakej serbuk kari ikan babas beserta 4 sudu besar rempah gulai cap ros atau rempah gulai yang timbang. Masukan dalam bahan kisar tadi.

4. Tumis semua bahan sampai naik minyak.

5. Masukan santan kara 1 kotak.

6. Masukan 3 cawan air.

7. Biarkan mendidih dan masukan ikan yang direbus tadi.

8. Masukan separuh gula nisan atau gula melaka. Perasakan dengan garam. Biarkan diatas api.

9. Jika kurang air boleh tambah diulang sehinggalah pecah minyak.

10. Bila sudah pecah minyak boleh letak cili padi ikut pedas masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Gulai Ikan Tongkol, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.