Nasi ambeng atau nama lainnya nasi berkat adalah sejenis menu yang telah diamalkan oleh masyarakat Jawa sejak turun temurun lamanya. Nasi ambang adalah nasi putih bersama beberapa jenis lauk didalam satu hidangan. Mahu yang dihidang bersama nasi puti ini lazimnya ialah lauk-lauk yang kering seperti ayam masak kicap, sambal goreng jawa dan juga mi goreng.

Umumnya ianya amat mudah didapati terutamanya dimajlis perkahwinan atau kenduri kendara. Kini zaman telah berubah di mana nasi ambeng ini boleh disediakan dirumah anda sendiri melalui perkongsian kali ini. Pastinya, anda akan menggemari juadah ini terutamanya jika dimakan bersama keluarga.

Resepi ini dikongsikan oleh AmNa’s Nora dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Nasi Ambeng

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Serunding kelapa:

  • 2 biji kelapa parut
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • Segenggam ikan bilis
  • 4 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya

Sambal jawa:

  • 3 keping tempe
  • Kacang panjang dihiris serong (ikut banyak mana)
  • 3 biji tauhu (potong dadu)
  • Suhun (rendam)
  • Tauhu kering (rendam)
  • 8 biji kentang (potong 4 dan dihiris sedang, jangan nipis sangat)
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • Segenggam ikan bilis
  • Cili kering kisar
  • Cili besar merah dihiris
  • Kicap
  • Garam secukupnya

Ayam masak kicap:

  • Ayam potong 4 (terpulang)
  • 2 inci halia
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
  • 2 labu bawang putih
  • 10 biji atau lebih bawang besar
  • 2 senduk cili kering kisar
  • Kicap
  • Lada sulah
  • Garam secukupnya
  • Bawang besar potong bulat
  • Cili merah belah tengah

Mee Goreng:

  • 3 bungkus mee kuning

Ikan masin:

  • Ikan bulu ayam

Nasi:

  • Beras putih
  • Daun pandan
  • Daun pisang (semasa dihidang)

Cara – cara memasak:

Serunding kelapa:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, ikan bilis, kunyit hidup, serai, ketumbar, jintan manis dan putih.
  2. Tumiskan semua bahan kisar dan cili kering.
  3. Apabila rempah sudah agak masak, masukkkan garam, gula dan asam jawa. Gula dilebihkan sedikit kerana serunding ini ada rasa pedas manis.
  4. Selepas itu, masukkan kelapa parut.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6. Kena kerap dikacau hingga kelapa parut agak kering. Lebih sedap jika lembab sedikit.

Sambal jawa:

  1. Goreng tempe, tauhu dan kentang.
  2. Suhun dan tauhu kering dipotong.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dikisar.
  4. Masukkan cili kering.
  5. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan kicap.
  7. Kemudian, masukkan tauhu kering, suhun dan kacang panjang.
  8. Masukkan tempe, tauhu dan kentang.
  9. Gaul hingga sebati.
  10. Masukkan cili merah hiris.
  11. Perasakan dengan garam dan gula.
  12. Siap!
    Nota: Boleh juga tambahkan bahan lain seperti hati dan pedal ayam,udang dan lobak. Terpulang kepada yang memasaknya.

Ayam masak kicap:

  1. Garam kunyitkan ayam terlebih dahulu dan goreng.
  2. Selepas itu, bolehlah ditumis rempahnya.
  3. Masukkan kayu manis,pelaga dan bunga lawang.
  4. Masukkkan halia, bawang putih dan merah yang dikisar.
  5. Letak serbuk kunyit sesudu kecil.
  6. Masukkan juga cili kering.
  7. Tumis hingga pecah minyak.
  8. Letakkan sedikit lada sulah.
  9. Masukkan kicap.
  10. Apabila rempah agak masak, masukkan ayam dan sebatikan.
  11. Kemudian, bolehlah diperasakan dengan garam.
  12. Akhir sekali, masukkan bawang potong bulat dan cili merah.
    Nota: Masak kicap ini memang kuah agak pekat dan kurang cair.

Mee Goreng:

  1. Menggunakan 3 bungkus mee kuning, gorengkan mee kuning mengikut selera anda.
    Nota: Anda juga boleh menggantikannya bersama bihun goreng.

Ikan masin:

  1. Digoreng seperti biasa.

Nasi:

  1. Beras putih dimasak seperti biasa tetapi ditambah daun pandan.
  2. Apabila dihidangkan, lapik bersama daun pisang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.