Kek lumut sudah jadi favorit ramai dari dulu hingga sekarang. Jika teringin makan kek lumut kena rajinkan diri dan cuba resepi kek lumut sedap dan moist yang kami kongsikan ini.

Kek lumut berasal daripada Sarawak, dipanggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunya yang serupa macam lumut. Tak pernah tak jatuh cinta dengan kek lumut ini.

Walaupun ada pelbagai versi resepi untuk membuat kek lumut. Tapi asasnya mesti menggunakan horlick, nestum dan butter untuk rasa yang lembut dan lemak berkrim.  Ada sesetengah resepi menggunakan tepung suji dan ada yang menambah serbuk Almond.

Namun, resepi yang di kongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini tidak menggunakan nestum, hanya horlick dan butter sahaja tetapi sudah memberikan bau dan rasa yang sedap dan moist. Sila cuba resepi ini.

Resepi Kek Lumut

kek lumut

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur
  • 225 gm butter
  • 3/4 cup gula halus (kalau tak suka manis boleh kurangkan sikit)
  • 1 gelas tepung gandum (200gm)
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1/2 gelas horlicks (100gm)
  • 1/2 bekas kaya pandan
  • 2 sudu makan pes pandan
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara Membuat :

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain, pukul buter dan gula hingga berkrim.
  3. Kemudian, masukkan telur yang sudah dipukul tadi.
  4. Masuk tepung, susu, kaya dan horlicks.
  5. Mix sebati.
  6. Akhir skali masukkan pes pandan dan pewarna.
  7. Bakar suhu 170’C selama 45 minit.

Kek lumut sudah siap untuk dihidangkan bersama keluarga anda, sila kongsikan kepadan jiran supaya mereka tahu sedapnya kek lumut buatan anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek lumut, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.