Mencari resepi tempe yang sedap dan ringkas?

Tempe merupakan makanan yang diperoleh daripada kacang soya. Ianya agak terkenal di negeri Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia. Ianya memang kaya dengan zat protein yang baik untuk tubuh badan.

Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang menggemari tempe. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi tempe yang boleh anda cuba dan nikmati.

#1 Sambal Goreng Jawa

Imej via Facebook

Ini merupakan salah satu resepi tempe yang sangat popular – sambal goreng Jawa. Bukan sahaja sedap, malah resepinya juga senang untuk diikuti. Resepi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan tumis:

  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 10 tangkai cili kering (dipotong nipis menyerong)

Bahan lain:

  • 2 paket tempe (dihiris dan digoreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (dihiris dan digoreng garing)
  • 3-4 biji kentang (dihiris dan digoreng garing)
  • Sedikit hati ayam (dihiris dan digoreng sekejap)*optional
  • 2 paket suhun (direndam dlm air)
  • 1 keping fucuk (dipotong dan direndam dalam air) *optional
  • Sedikit kacang panjang (dihiris serong)
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit perasa jika perlu
  • ½ sudu teh garam
  • Kicap manis secukupnya
  • ½ cawan air asam jawa (cair)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat)
  • 2 senduk minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk lumat dan bahan tumis. Tumis hingga agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam.
  4. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak.
  5. Masukkan suhun dan fucuk serta air.
  6. Masukkan pula kacang panjang. Kacau seketika.
  7. Masukkan bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.

#2 Tempe Buatan Sendiri

Imej via Facebook

Tidak dinafikan, ada orang lebih gemar menggunakan tempe homemade kerana ianya lebih menyihatkan. Jadi, cubalah resepi tempe buatan sendiri ini. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ½ kg kacang soya (direndam semalaman dengan ai suam)
  • ½ sudu teh ragi tempe

Cara-cara:

  1.  Buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan.
  2. Rebus kacang soya hingga ¾ masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3-4 jam hingga 1 jam setengah.
  3. Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Boleh jemur di luar seharian.
  4. Setelah kering, bawa masuk dan biarkan sejuk sebentar.
  5. Taburkan ragi tempe.
  6. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik untuk mengelakkan tempe busuk.
  7. Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit (boleh cucuk mengunakan lidi).
  8. Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32°C yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
  9. Selepas 6 jam, tempe mula panas dan berpeluh.
  10. Selepas 24-36 jam tempe akan mula memutih.
  11. Setelah 36-48 jam, boleh simpan tempe yang siap.

#3 Sambal Tempe Ikan Bilis

Imej via Facebook

Sambal tempe ini merupakan resepi ringkas, namun ianya digemari ramai. Ianya secukup rasa dan mengenyangkan, rugi tak cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Asiah Jaafar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tempe (dipotong nipis dan digoreng garing)
  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • 4 sudu besar cili kering kisar 
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 sudu besar gula + 1 sudu besar gula merah

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih hingga menguning.
  2. Masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar, garam, gula dan gula melaka.
  4. Masak sehinga bawang besar layudan tumisan bertukar gelap.
  5. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
  6. Akhir sekali, masukkan tempe dan ikan bilis. Gaul rata bersama sambal.
  7. tumis bawang putih sampai kuning… masukan cili kering…tumis sampai garing.

#4 Sambal Tempe Rangup

Imej via Facebook

Tadi, kami selitkan resepi sambal tempe biasa. Jika anda sukakan yang rangup dan kering, ada resepinya buat anda. Resepi ini dikongsikan oleh Noryussyairah Yusof di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3-5 bungkus tempe (dipotong nipis)
  • 200 g kacang tanah
  • 20- g ikan bilis
  • 1 senduk bawang putih (dikisar)
  • 1 senduk bawang holland (dikisar)
  • 3 senduk cili kering kisar
  • 1 senduk gula putih/gulapong
  • 1 senduk minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Menggunakan minyak yang banyak, goreng berasingan tempe, kacang tanah dan ikan bilis hingga rangup. Ketepikan.
  2. Menggunakan api kecil setiap masa, panaskan minyak.
  3.  Masukkan bawang dan cili kering. Tumis hingga bertukar warna.
  4. Masukkan gula dan masak hingga tekstur sambal pekat dan likat.
  5.  Setelah pekat, masukkan garam secukup rasa.
  6.  Akhir sekali, masukkan bahan (1) tadi.
  7. Gaul rata dan tutup api.

#5 Tempe Goreng Daun Kari

Imej via Facebook

Resepi ini bukan sahaja enak, malah aromanya juga cukup memikat. Kalau makan bersama nasi putih panas-panas, pasti sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Razila Razak di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kisar kasar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili merah

Bahan lain:

  • Tempe (digaul kunyit, garam dan sediki serbuk bawang putih)
  • 6 tangkai daun kari
  • Sedikit perasa

Cara-cara:

  1. Goreng tempe hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar. Kemudian, masukkan daun kari.
  3. Setelah bahan tumisan masak, perasakan dengan garam dan perasa.
  4. Masukkan tempe dan gaul rata.

#6 Tempe Goreng Kicap Pedas

Imej via Facebook

Yang sukakan makanan pedas, anda wajib cuba resepi tempe goreng kicap pedas ini. Memang puas dinikmati walaupun ringkas sahaja resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tempe (digoreng garing)
  • Kacang tanah (digoreng)
  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Cili api (letak lebih)
  • Cili merah (dihiris)
  • Daun kari
  • Kicap
  • Gula melaka
  • Sos cili
  • Sos tiram

Cara-cara:

  1. Goreng tempe, kacang dan ikan bilis. Ketepikan.
  2. Tumis semua bahan hiris sampai layu.
  3. Masukkan kicap dan semua jenis sos,
  4. Masukkan gula dan daun kari. Gaul rata.
  5. Masukkan bahan yang digoreng tadi. Tutup api.

#7 Tempe Goreng Tepung Bestari

Imej via Facebook

Satu lagi resepi tempe yang jarang didengari tetapi mudah sekali untuk dicuba – tempe goreng tepung Bestari. Ianya rangup dan sesuai dinikmati bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Hidayah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 keping tempe (dibahagikan kepada empat)
  • Tepung serbaguna Bestari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Potong nipis-nipis tempe yang dibahagikan empat.
  2. Basuh tempe hingga bersih.
  3. Toskan airnya dan gaulkan tempe bersama tepung serbaguna Bestari.
  4. Panaskan minyak.
  5. Masukkan tempe satu-persatu dan goreng hingga kekuningan atau garing.

#8 Tempe Bakar bersama Cili Padi

Imej via Facebook

Tempe rosak bukanlah bermaksud tempenya sudah melewati tarikh luput, ianya bermaksud tempe sudah kering. Jangan risau, anda masih boleh menikmatinya. Jadi, cubalah resepi yang dikongsikan oleh Yusmawati Yusof di laman Facebook ini.

Bahan-bahan:

  • Tempe
  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Limau

Cara-cara:

  1. Bakar tempe berama ikan bilis, cili padi dan bawang putih.
  2. Tumbuk kasar dan perahkan limau.
  3. Sedia untuk dihidang. Tidak perlu perasakan bersama garam kerana ikan bilis sudah masin.

#9 Tempe Bali

Imej via Facebook

Selalunya kita terdengar resepi ayam masak Bali, kali ini apa kata anda cuba resepi tempe masak Bali pula? Yang kurang menggemari makanan pedas pun boleh cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Eka Zahra di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 200 g tempe (dipotong kecil)
  • 100 grm udang (dibuang kepala & kulit kecuali bahagian ekor)
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 100 ml air
  • Garam,gula atau perasa

Bahan tumbuk:

  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah atau ikut kepedasan masing2
  • 5 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci cekor *optional
  • Sedikit belacan bakar

Cara-cara:

  1. Rendam tempe yang sudah dipotong dalam air garam selama 15 minit. Kemudian toskan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga masak kemudian masukkan udang dan gaul rata hingga berubah warna.
  3. Masukkan air asam jawa dan bahan-bahan lain kecuali kicap manis dan tempe.
  4. Masukkan air dan biarkan sambal masak hingga sedikit pekat.
  5. Tambahkan kicap manis, gaul rata dan biar sekejap. Tutup api.
  6. Setelah sambal sejuk, gaulkan tempe supaya tempe kekal rangup.

#10 Tempe Goreng bersama Petai

Imej via Facebook

Kepada pencinta tempe dan petai, kami ada berita baik buat anda. Anda boleh mencuba rsepi yang menggabungkan kedua-dua makanan kegemaran itu, dan ianya dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Adrianna Rayyan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tempe (dipotong kecil)
  • Ikan bilis goreng
  • Petai goreng
  • Bawang merah cili

Cara-cara:

  1. Goreng tempe dan ketepikan.
  2. Goreng kan bilis hingga garing dan ketepikan.
  3. Setelah itu, goreng petai pula.
  4. Masukkan bawang merah dan cili.
  5. Letakkan tempe dan kacau sebati.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul sebati.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi tempe,, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.