Spaghetti Carbonara adalah sebuah resepi yang kids-friendly dimana ianya tidak pedas malahan pekat berkrim. Ianya bukan sahaja digemari oleh kanak kanak akan tetapi orang dewasa juga menggemarinya. Sos carbonara adalah sos yang berasal daripada Italy dan hidangannya adalah gabungan telur, keju dan juga lada. Ianya telah diperkenalkan di Rom pada sekitar tahun 1940-an. Nama carbonara itu pula sebenarnya berasal daripada sebuah restoran yang terdapat di Rom yang bernama “Carbonara.”

Spaghetti Carbonara kini telah menjadi popular di sekitar Malaysia dimana ianya terdapat di kebanyakkan restoran yang menyediakan hidangan barat. Selain daripada itu, sekiranya anda ingin membuat sendiri, sos carbonara ini juga terdapat di mana – mana pasaraya sekitar Malaysia.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Arieza Rieza dimana ianya telah mendapat banyak perkongsian. Jom, let’s check it out! 

Resepi Creamy Carbonara

carbonara

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Spaghetti
  • Butter
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 sdb tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 4 cawan susu full cream
  • Tatura cream cheese (saiz kecil)

Nota: Cream cheese itu dibelah dua dan ambil sebahagian sahaja. Kisarkan cream cheese itu.

  • Garam
  • Lada hitam
  • Oregano
  • Daging cincang
  • Sosej dipotong kasar
  • Lada benggala

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan butter, kemudian masukkan bawang Holland. Sauté sehingga keperangan.
  2. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan.
  4. Apabila sudah agak kering, masukkan air dan kacau.

Nota: Jangan sampai berketul ya!

  1. Masukkan susu full cream, saya pakai Dutch Lady. Sekiranya pekat, tambah lagi.
  2. Apabila sudah okay, masukkan semua bahan lain.

Nota: Pastikan cream cheese dikisar dulu dengan sedikit air supaya kuah tak berketul.

carbonara

image via Facebook

  1. Masukkan spaghetti dan siap!

Resepi – resepi lain yang anda patut cuba:

Pelbagai lagi resepi yang terdapat disini. Jangan lupa untuk mencuba resepi – resepi ini. Variasikan juadah anda untuk keluarga tercinta. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.