Mi Hailam adalah salah suatu juadah yang digemari rakyat Malaysia. Cara pembuatannya mudah akan tetapi menghasilkan juadah yang sangat lazat dan confirm sahaja ianya akan laku dan cepat habis. Bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang ringkas akan tetapi menjadi kegemaran tetamu, sudah tentu kami cadangkan agar anda memasak mi hailam.

Mi Hailam berasal daripada kaum Cina dimana ianya sangat popular di restoran – restoran Hainan. Selalunya, Mi Hailam akan digabungkan bersama daging ataupun makanan laut akan tetapi, ianya bergantung kepada selera masing masing. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi Mi Hailam ini!

Resepi ini telah dikongsi oleh Sarina Basir dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Mi Hailam

mi hailam

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan utama:

  • Mi kuning 1/2 kilogram

Bahan – bahan tumisan:

  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • Lada kering *
  • 3 cawan air
  • Sos tiram sesudu
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa

Bahan – bahan hiasan:

  • Brokoli seketul
  • Udang saiz sederhana 8 ekor
  • Sayur sawi 5 tangkai
  • Kicap manis

Cara – cara memasak:

  1. Celur mi kuning sekejap dan tapis, kemudian ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda *. Agak – agak sahaja ya.
  3. Panaskan minyak di kuali, tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
  4. Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan gula.
  5. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan air dan biar mendidih sekejap kemudian masukkan udang dan kicap manis.
  7.  Apabila udang sudah agak masak, pecahkan telur.
  8. Masukkan lobak merah dan brokoli.
  9. Akhir sekali baru masukkan sayur sawi.

Nota: Sedap dimakan bersama lada jeruk.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa buah resepi lain yang anda boleh cuba. Semestinya, ianya mudah dan dijamin menjadi. Selamat menghidangkan kepada yang tersayang. Perut kenyang, hati pun senang! Oh, dan jangan lupa untuk share resepi ini kepada rakan rakan dan keluarga anda ya.

 

 

 

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.