Mencari resepi kek cawan kukus?

Tidak dinafikan, rupa kek cawan yang comel pasti membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk menikmatinya, terutamanya golongan kanak-kanak. Cara menyediakannya juga ada berbagai.

Anda tercari-cari resepi kek cawan kukus yang mudah untuk dicuba? Berikut kami senaraikan 10 resepi kek cawan kukus untuk anda cuba. Teruskan membaca!

#1 Kek Cawan Biasa

Imej via Facebook

Ini adalah resepi kek cawan kukus yang paling ringkas, semestinya boleh dicuba oleh mereka yang baru membuat kek cawan versi kukus! Resepi ini dikongsikan oleh Nor Salwani Yacob di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 1 kotak kecil /1 cawan susu segar
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air

Cara-cara:

1. Ayak tepung dan serbuk penaik.
2. Pukul telur, air , gula dan ovalet. sehingga putih gebu.
3. Masukkan tepung dan susu secara selang seli sehingga habis secara kaup balik.
4. Rehatkan selama 30 minit.
5. Kaup balik adunan setelah direhatkan dan boleh bahagi mengikut warna yang disukai.
6. Masukkan dalam ¾ bekas kek cawan.
7. Kukus dengan api yang besar selama 15-20 minit.

#2 Kek Cawan Coklat Lembap

Imej via Facebook

Ada penggemar kek coklat lembap di sini? Bayangkan keenakan coklat dan kelembutan keknya, memang sedap! Apatah pula versi kek cawan, pasti bertambah enak. Resepi ini dikongsikan oleh Noriza Julai di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • ½ cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh pes vanila
  • 1cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan topping:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1½ cawan susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Campurkan serbuk koko, gula dan minyak masak dan gau rata.
  2. Masukkan dan gaul rata susu pekat manis dan susu cair.
  3. Kisarkan telur dan pes vanila. Masukkan ke dalam adunan.
  4. Ayakkan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan.
  5. Gaul rata adunan dan tapiskan adunan sebelum masukkan ke dalam cawan.
  6. Timbang berat untuk sama rata dan pastikan berat termasuk cawan ialah 31 g.
  7. Kukus selama 10 minit.
  8. Untuk topping, gaul serbuk koko, susu pekat dan minyak masak hingga pekat dan likat.
  9. Sedia untuk dihidang.

#3 Fruits Cake Cheese Leleh

Imej via Facebook

Ada yang sukakan kek buah? Kali ini kita akan cuba versi keju menggunakan acuan kek cawan dan ianya dikukus. Bunyinya menarik, bukan? Memang wajib cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Yana Liana di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 kotak tepung kek segera perisa vanila
  • 10 biji telur grade A
  • 1 tartura krim keju yang besar
  • ½ tin susu pekat
  • Buah-buahan untuk hiasan (dipotong kecil)
  • Buah strawberi
  • Buah peach
  • Buah zaitun, anggur hitam atau bluberi (optional)

Cara-cara:

  1. Rujuk arahan pada kotak tepung kek segera dan masukkan bahan mengikut arahan.
  2. Tambahkan telur dan gaulkan sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan cawan, kemudian panaskan pengukus.
  4. Kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  5. Masukkan krim keju dan susu pekat dalam pengisar dan kisar sebati.
  6. Setelah sebati, tuangkan krim ke atas kek yang telah disejukkan dan hias buah ikut kreativiti.

#4 Kek Cawan Kukus Thai

Imej via Facebook

Kami yakin pasti ada sesetengah pembaca yang tak pernah cuba resepi kek kukus ini, bukan? Ianya merupakan resepi kek cawan kukus thai yang mudah dan sedap untuk anda cuba! Rupa kek ini juga seperti kek cawan buah. Resepi ini dikongsikan oleh Kin Ahamad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung kek
  • 405 g susu segar
  • 2 sudu besar SP / ovalet
  • 2 cawan gula 2cawan
  • 2 biji  telur
  • 8 sudu besar air
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • Warna ikut pilihan

Cara-cara:

  1. Ayak tepung dan serbuk penaik.
  2. Pukul SP ,telur,air  dan gula hingga bertukar warna putih.
  3. Masukan tepung berselang seli bersama susu hingga adunan habis
  4. ( kacau menggunakan senduk kayu).
  5. Rehat selama 30 min it.
  6. Apabila cukup 30 minit, kacau sekali lagi.
  7. Panaskan air menggunakan api yang kuat dan setelah mendidih, perlahankan api.
  8. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus.

#5 Kek Cawan Red Velvet

Imej via Facebook

Bagi peminat tegar kek red velvet, anda pasti akan menyukai kek red velvet versi kek cawan ini. Sesuai dinikmati semasa minum petang atau semasa jamuan, dijamin enak! Resepi ini dikongsikan oleh Azlina Mohd di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula kastor
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu besar cuka masakan
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • Pewarna merah secukupnya

Bahan B:

  • 2 biji telur ayam
  • Esen vanila

Bahan C:

  • 1 ½ cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan topping krim kju:

  • 250 g krim keju
  • 6 sudu besar susu pekat
  • ¾ susu cair tin

Cara-cara:

  1. Satukan susu cair & cuka di dalam bekas/cawan. Biarkan 10 minit hingga adunan akan sedikit pekat. Adunan ini dikenali sebagai buttermilk.
  2. Masukkan semua bahan A termasuk buttermilk ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan.
  3. Kacau sehingga gula betul-betul larut. tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan pewarna secukupnya.
  5. Untuk bahan B, pukul bahan B sehingga berbuih dan kembang sedikit.
  6. Kemudian, masukkan ke dalam adunan sambil kacau perlahan.
  7. Masukkan pula bahan C yang telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
  8. Panaskan pengukus.
  9. Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 45 minit ke atas untuk bekas besar atau 15 minit untuk bekas kecil. Masak dengan api sederhana.
  10. Untuk topping krim keju, campurkan semua bahan krim keju dan kacau sebati.
  11. Sedia untuk dihidang.

#6 Kek Keju Chipsmore

Imej via Facebook

Chipsmore merupakan jenama biskut yang digemari ramai. Tahukan anda yang anda juga boleh buat kek cawan kukus Chipsmore? Ada dua bahan sahaja, memang rugi jika tak cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Aina Liana Khaidir di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Biskut Chipsmore
  • 200 ml susu segar

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut dan masukkan ke dalam pengisar bersama ssuu segar.
  2. Kisar bahan-bahan hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan kek cawan.
  4. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit.
  5. Sedia untuk dihdangkan.

#7 Kek Cawan Mini Keju Leleh

Imej via Facebook

Satu lagi resepi kek cawan keju leleh yang wajib anda cuba – kek cawan mini keju leleh! Boleh juga dibuat semasa minum petang buat kanak-kanak, Anda juga boleh ubahsuai topping mengikut kesukaan. Resepi ini dikongsikan oleh Mohamad Shahrir Shamim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kek cawan:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu ovalet
  • 1 cawan gula
  • 4 sudu susu tepung
  • Esen yang disukai
  • 8 sudu minyak

Bahan keju leleh:

  • 1 cawan krim segar
  • 1 tub krim keju
  • Susu cair
  • Susu pekat

Cara-cara:

  1. Pukul semua bahan kek cawan kecuali minyak hingga kembang, putih dan bertanduk adunannya.
  2. Masukkan minyak dan gaul sebati.
  3. Masukkan ke dalam cawan dan kukus selama 10 minit untuk cawan kecil.
  4. Untuk krim keju leleh, pukul krim segar hingga sedikit bertanduk.
  5. Kisarkan krim keju, susu cair dan susu pekat. Kemanisan mengikut kesukaan anda.
  6. Campurkan krim keju dengan krim segar.
  7. Tuangkan krim keju ke atas kek cawan yang dikukus tadi.
  8. Seddia untuk dihidangkan.

#8 Kek Cawan Hitam Manis

Imej via Facebook

Sedap betul nama kek cawan ini, pasti rasanya juga sesedap namanya! Ianya merupakan kek cawan kukus yang ringkas dan mudah diikuti, jadi anda wajib cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Latifah Karim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan minyak masak
  • 2 cawan serbuk coklat

Bahan B:

  • 8 biji telur
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Masak bahan A menggunakan api perlahan.
  2. Untuk bahan B, pukul telur hingga kembang.
  3. Masukkan tepung, gula dan soda bikarbonat.
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan A tadi.
  5. Masukkan cawan kertas ke dalam cawan lompang.
  6. Tuang adunan coklat ke dalam cawan kertas dan kukus hingga masak kira-kira dalam 10 minit.

#9 Kek Cawan Pandan Keju

Imej via Facebook

Ada yang sukakan kek pandan di sini? Tambahan pula kek pandan keju, aroma yang harum serta rasanya yang lemak berkrim memang boleh memikat hati sesiapa sahaja! Ada juga versi kek cawan, memang comel. Resepi ini dikongsikan oleh Ainur Aziana di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur*
  • 1 cawan gula*
  • 1 sudu besar ovalet*
  • 1½ sudu kecil emulco pandan*
  • 1 sudu kecil pewarna hijau*
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • ¼ cawan air
  • ¼ cawan minyak

Cara-cara:

  1. Pukul bahan bertanda * hingga gebu.
  2. Masukkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan cream of tartar dan gaul sebati.
  3. Masukkan air dan pukul sekejap.
  4. Masukkan minyak dan kaup balik.
  5. Masukkan ke dalam acuan kek cawan.
  6. Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.

#10 Kek Cawan Kukus Milo

Imej via Facebook

Kali ini kita cuba resepi kek cawan kukus milo pula. Rasa manisnya pasti akan membuatkan sesiapa sahaja gembira, dijamin enak tak terkata! Resepinya juga mudah untuk diikuti. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Hayyum Idris di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar milo
  • 4 sudu besar gula kastor/halus
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar minyak jadung
  • 4 sudu besar susu segar
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan tabur:

  • Cip coklat
  • Chocolate rice

Cara-cara:

  1. Gaul sebati semua bahan-bahan kecuali bahan tabur.
  2. Masukan ke dalam acuan cawan dan kukus selama 20-25 minit. Pastikan tutup tudung pengukus dengan kain.
  3. Taburkan bahan tabur di atas kek cawan
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi kek cawan kukus, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.