Keropok Lekor, salah satu snek yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Ianya senang untuk didapati walaubagaimanapun keropok lekor bukanlah sedap di semua tempat. Ianya perlukan skil dan cara yang betul untuk menghasilkan keropok lekor yang lazat.

Selalunya keropok lekor dimakan diwaktu minum petang. Kini, anda boleh sediakan sendiri keropok lekor untuk dihidangkan kepada keluarga anda. Kami bawakan resepi keropok lekor dan sos pencicah asli Terengganu khas buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaky Mat Ali dan telah mendapat banyak likes di Facebook.

Resepi Keropok Lekor dan Sos Pencicah Asli Terengganu

resepi-keropok-lekor

image via Facebook

Bahan – bahan:

Keropok Lekor:

  • 1kg ikan selayang yang segar
  • 300 gram tepung sagu
  • 150 ml air sejuk dari peti
  • 2 sudu kecil garam

Sos:

  • 1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan lada kisar
  • Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
  • 2 gelas air

Cara – cara penyediaan:

Keropok Lekor:

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dan garam bersama air.
  3. Uli bahan kisar bersama tepung sagu.
  4. Bentukkan doh memanjang dan taburkan tepung sagu supaya tidak melekat.
  5. Rebus keropok lekor sehingga terapung.

Sos:

  1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
  2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.