Para peminat ikan cencaru sumbat mesti suka resepi ikan cencaru sumbat kelapa. Kalau biasanya orang membuat ikan cencaru sumbat sambal, pada resepi ini pula kami akan mengongsikan resepi ikan cencaru sumbat kelapa.

Rasa cencaru sumbat sambal dan sumbat kelapa tentunya berbeza. Ikan cencaru sumbat ini boleh dibakar mahupun digoreng. Makan bersama nasi untuk makan tengah hari. Memang sedap sangat.

Sama halnya dengan resepi ikan cencaru sumbat kelapa yang dikongsikan oleh ‎Razzyatt di Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian yang sangat ramai. Bukti bahawa betapa lazatnya resepi ini.

Untuk anda yang ingin memasak ikan cencaru sumbat. Anda boleh ikuti resepi di bawah ini. Selamat mencuba dan rasa kelazatannya.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

cencaru sumbat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 6 ekor ikan cencaru yang sedang-sedang. Belah belakang jangan buang jaket
  • Sesudu besar perahan lemon
  • Garam
  • Gula sedikit
  • Knorr sedikit
  • Jus lemon dalam 1 sudu besar

Bahan Untuk Tumbuk

  • Kelapa 1 biji
  • Bawang kecik 5 ulas
  • Serai 2 batang hiris dulu
  • Halia sedikit saja dalam setengah inci
  • Cili padi vietnam 10 biji
  • Cili merah besar 1 biji
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Belacan sebesar duit 10 sen

Bahan Untuk Dihiris Halus

  • Daun kunyit 2 helai yang kecil
  • Daun limau purut dalam 5 helai

Cara Memasak :

  1. Bersihkan ikan cencaru, toskan.
  2. Kemudian bubuh garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
  3. Tumbuk kelapa agak lumat sedikit, jangan halus sangat.
  4. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk halus tadi.
  5. Bubuh air perahan lemon, kalau mahu bubuh air asam jawa pun boleh.
  6. Kemudian masukkan garam, gula, dan knorr.
  7. Jika sudah cukup rasa, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  8. Sumbatkan kelapa tadi dalam ikan. Sumbatkan betul-betul padat. Supaya bila goreng tak keluar. Tak perlu diikat, biar saja macam tu.
  9. Kemudian goreng dengan minyak yang betul-betul panas. Namun ketika ikan sudah dimasukkan baru pelankan api. Nak bagi ikan masak garing. Siap.
cencaru sumbat

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cencaru sumbat, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.