Ramai orang pasti gemar akan udang. Namun, kita semestinya mencari pelbagai resepi yang  boleh sahaja mengekalkan kemanisan dan keanjalan udang itu, secara automatik mengekalkan rasa sedap udang itu.

Apa kata jika anda cuba untuk membuat resepi udang goreng tepung. Udang dan makanan laut yang lain semestinya memerlukan teknik masakan yang cepat dan mudah supaya rasa dan kesegarannya terjamin.  Jadi, resepi udang goreng tepung ini memenuhi kriteria itu dan pastinya menghasilkan rasa yang amat lazat, membuatkan sesiapa sahaja yang merasainya nak lagi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Kitin Mahinah Pak Tam dan terdapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat.

Resepi Udang Goreng Tepung

udang goreng tepung

image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras cap gajah.
  • 1 biji telur-ambik kuning sahaja
  • 2 sudu air kapur.
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu rata teh gula
  • Secubit kunyit
  • Garam
  • Air sejuk secukupnya.

Cara – cara memasak:

  1. Bersihkan udang dan sotong tapis kmudian gaulkan sedikit dengan garam dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan – bahan.
  3. Gaul rata kemudian bancuh dgn air sejuk.

Nota: Letakkan ketulan ais didalam air dan bancuh. Pastikan garam terasa masin sebab selepas goreng rasa masin tidak terasa sangat. Jangan risau kerana semasa kita adun tepung memang akan terasa lebih masin.

  1. Celup udang kedalam adunan dan goreng tenggelam dengan minyak penuh.
  2. Siap!

Wah mudah bukan? Resepi ini bukan sahaja mudah tapi dapat memberi kepuasan kepada sesiapa yang merasainya. Hidangkanlah resepi ini pada bila bila masa kerana ianya boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi udang goreng tepung ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.