Siapa yang teringin makan westers food spaghetti carbonara?
Spaghetti Carbonara berasal dari Italia, dan sudah berkembang hingga luar Eropa. Spaghetti carbonara ialah pasta yang dihidangkan bersama sos yang berasaskan telur, keju, dan daging. Spaghetti carbonara sangat sesuai dihidangkan untuk makan bersama rekan ataupun keluarga anda.
Rasanya yang unik dengan cheese dan daging membuat ia menjadi kesukaan ramai namun harganya agak mahal. Juga biasanya spaghetti carbonara hanya tersedia di restaurant western food. Rasa lazat daripada pasta dan sos keju yang pekat sangat memanjakan selera.
Namun, sekarang anda tidak perlu risau kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi rahsia spaghetti carbonara yang sangat menjilat lidah ini. Resepi ini menggunakan sos mushroom prego. Untuk anda pecinta cheese dan mushroom silakan baca resepi yang kami dapatkan daripada Ruhaiza Bunyamin di facebook ini.
Tidak perlu masa lama untuk memasak spaghetti carbonara ini, cara memasaknya sangat senang dan bahannya mudah didapat. Siapkan fon untuk screenshoot atau buku nota anda untuk salin resepi kami di bawah ini. Selamat mencuba..
Imej via google
Imej via facebook
1. Tumiskan bawang besar & bawang putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.
6. Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam. agar tidak melekat.
Imej via google
Kalau ingin terasa cheesy, anda bole tambah cheese yang slice. Confirm sedap.
Mudah dan senang kan? sekarang anda boleh membuat spaghetti carbonara setiap hari di rumah anda.
Selain resepi Spaghetti Carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..