Nasi merupakan makanan ruji orang Malaysia. Terdapat pelbagai jenis juadah yang berdasarkan nasi dan ianya semua merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Daripada nasi kosong, nasi lemak ke nasi kerabu, ianya akan menjadi pilihan utama kita. Sekiranya anda penggemar tomyam, anda bolehlah mencuba nasi goreng tomyam ini.

Nasi goreng tomyam ini biasanya terdapat di gerai – gerai tomyam sekitar negara. Zaman pun sudah berubah, daripada membeli tomyam sahaja, sekarang orang kita sudah pandai mengolah dan menjadikannya nasi goreng tomyam.

Tanpa membuang masa, jom kita cuba resepi nasi goreng tomyam ini yang pastinya mempunyai rasa yang sama seperti di kedai. Resepi ini telah mendapat beribu – ribu perkongsian dan dikongsikan oleh Norhafizah Ismail. Let’s check it out!

Resepi Nasi Goreng Tomyam

nasi goreng tomyam

image via Facebook

Bahan – bahan memasak:

Bahan utama

  • Nasi sejuk untuk 3 orang makan.
  • 1 ketul kiub tomyam.

Bahan tumis

  • Bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar

Rencah

  • Udang yang telah dikopek
  • Sotong yang dipotong bulat

Bahan hiris

  • Daun limau purut sehelai.
  • Serai sebatang.
  • Cili padi (ikut pedas)
  • Kubis bunga dan lobak merah

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng sebentar udang dan sotong utk mengeringkan airnya,keluarkan.
  2. Tumiskan bahan tumisan. Apabila telah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai.
  3. Kacaukan sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air jika pekat.
  5. Masukkan udang dan sotong tadi. Apabila hampir kering, masukkan nasi dan kacau sekejap.

    nasi goreng tomyam

    image via Facebook

  6. Kemudian masukkan sayur -sayuran, kacau dan goreng bahan tersebut sehingga sebati.
  7. Akhir sekali masukkan perasa.

Nota: Hati-hati dengan penggunaan garam kerana kiub pati tomyam telah mengandungi garam.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba selain daripada resepi nasi goreng tomyam ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan anda dan jangan lupa untuk mencuba resepi – resepi ini juga ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.