Fenomena boba tea telah meletus di negara kita. Penjualan boba tea bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kita boleh lihat boba tea dijual di pasar-pasar malam dan juga di tepi-tepi jalan.

Boba ini diperbuat daripada tepung ubi kayu. Proses untuk menyediakannya juga senang dan boleh dilakukan di rumah anda. Jadi bolehlah anda sekeluarga minum boba tea sepuas hati tanpa membelinya di luar lagi!

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi boba yang telah dikongsikan oleh Yannaz Faizal Melaka di laman sosial Facebook miliknya yang telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Boba

resepi_boba

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Boba:

  • 2 cawan tepung pulut putih
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar gula putih
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Esen vanila
  • Pewarna kuning, merah & biru untuk jadikan warna hitam

Air Gula:

  • Gula putih
  • Gula merah
  • Gula melaka
  • Secubit garam

P/s: Kegunaan air gula adalah untuk simpan boba supaya tahan lama.

Cara – cara penyediaannya:

  1. Masakkan air dan gula sehingga larut untuk bancuh bersama adunan tepung. Sejukkan dahulu kemudian baru bancuh.
  2. Satukan 3 pewarna mengikut kepekatan hitam yang anda mahukan.
  3. Satukan tepung, garam, pewarna dan esen vanila. Masukkan air gula yang sudah sejuk sedikit demi sedikit sehingga bancuhan doh tidak melekat pada tangan. Jika semasa menggentel tepung jadi berkecai, ambil sedikit air dan letak pada tapak tangan semasa menguli. Ukuran sedikit air itu ialah celup 1 jari air sahaja.
  4. Tabur tepung ubi sedikit di atas dulang supaya doh tidak melekat dan bulatkan doh kecil-kecil. Jangan terlalu besar kerana ia akan mengembang.
  5. Masak air gula yang sudah dimasukkan pewarna sehingga larut.
  6. Masukkan boba yang sudah siap dibulatkan ke dalam air gula.
  7. Apabila sudah kelihatan jernih seperti pearl angkat dan lalukan bawah air paip untuk sejukkan boba.
  8. Air gula jangan buang. Boleh simpan boba di dalam air gula apabila sudah sejuk.

Resepi – resepi yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.