Cakap pasal ayam masak kicap, pasti kita akan teringat akan masakan yang selalu dimasak oleh mak kita. Terimbau kembali memori semasa balik sekolah, dalam keadaan yang lapar terus kita melihat apa yang ada di dapur. Tahu sahaja mak masak ayam masak kicap, terus dengan gembiranya kita ambil pinggan dan makan.

Resepi ayam masak kicap amat mudah untuk dimasak, malahan sekiranya anda seorang pelajar sekalipun, anda boleh masak ayam masak kicap ini selepas balik dari kelas. Resepi ini amat sinonim dengan kita sebagai rakyat malaysia, dimana ianya menjadi lauk pilihan terutamanya pada waktu tengahari.

Resepi yang telah mendapat banyak perkongsian di Facebook ini telah dikongsikan oleh Ieda Zairi. Jom, let’s check it out! 

Resepi Ayam Masak Kicap

ayam masak kicap

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam (digaram dan dikunyitkan serta digoreng)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji buah keras (ditumbuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang serai (dititik)
  • Daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis (saya guna Enaq)
  • 3 sudu besar kicap manis ABC

Cara – cara memasak :

  1. Tumiskn bahan – bahan yang ditumbuk bersama serai dan daun kari.
  2. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan kicap. Jika terlalu pekat, tambah air.
  4. Masukkan ayam boleh juga ditambah kentang.
  5. Seterusnya, masukkan bawang, tomato, dan cili padi.
  6. Perasakan ikut citarasa masing – masing.

Untuk perhiasan, anda juga boleh menambah beberapa bahan, antaranya:

  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • Daun bawang

Resepi – resepi lain yang menarik dan boleh dicuba:

Selain daripada resepi ayam masak kicap ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada keluarga anda. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi – resepi ini.

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.