Kalau anda pergi ke Aeon, pasti sahaja terdapat kedai menjual laksa yang sentiasa ramai orang. Sudah pasti rasa laksa tersebut amat lazat dan menyelerakan. Tetapi, kalau anda ingin menyediakan sendiri pun boleh! Kali ini kami bawakan resepi laksa aeon khas buat anda.

Resepi kali ini merupakan resepi yang amat mesra ekonomi. Sekiranya anda membeli di luar, terutamanya buat semua ahli keluarga, pasti ianya akan menelan kos yang banyak. Namun kini, ianya lebih murah dan pasti kebersihan akan lebih terjamin!

Bahan – bahan untuk membuat laksa aeon ini amat mudah untuk didapati. Antara bahan – bahannya adalah sardin, pes asam pedas Adabi serta bawang holland boleh didapati di pasaraya berdekatan anda dengan harga yang murah. Cara penyediannya juga ringkas. Oleh itu, anda pasti dapat menyediakannya dengan mudah sekali.

Resepi kali ini dikongsikan oleh Sharifah Zuhaiza dan mendapat berpuluh ribu perkongsian di media sosial. Ramai kan? Pasti sedap! Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Laksa Aeon

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sardin 2 tin kecil (1 tin dikisar, 1 tin dilenyek kasar sahaja)
  • Pes asam pedas adabi
  • Bawang besar
  • Bawang holland setengah biji
  • Asam keping
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bebola ikan (pilihan)
  • Laksa basah
Imej via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan 1 tin sardin, pes asam pedas, bawang, belacan.
  2. Letakkan semua bahan dalam periuk. Letakkan air.
  3. Masak mengikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.
  4. Sos/kuah sardin diletak mengikut selera masing – masing. Kalau suka rasa ikan yang kuat, anda boleh letakkan semua. Cuba letakkan sedikit demi sedikit dahulu bagi mengelak bau hanyir.
  5. Akhir sekali, masukkan bebola ikan. Petis udang boleh diletakkan mengikut selera anda. Anda juga bebas letakkan nenas dan daun pudina.
  6. Dah siap! Resepi ini untuk 3-4 orang makan ye.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.