Asam pedas merupakan resepi yang berasal daripada Melaka. Ianya mempunyai rasa masam bersama dengan kehangatan kepedasan daripada cili mampu memberi aroma yang amat lazat. Ianya tidaklah susah untuk disediakan. Dengan resepi yang kami sediakan kepada anda pada hari ini, pasti anda boleh memasak hidangan ini dengan lazat dan jayanya!

Bagi mereka yang ketiadaan idea untuk masak apa, hidangan ini sesuai buat anda. Hidangan ini cukup popular, pasti juga digemari ramai orang. Tanpa membuang masa jom kita lihat resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Fyra Mussa dan mendapat likes serta komen positif di media sosial.

Resepi Asam Pedas

asam pedas ikan

image via Facebook 

Bahan – bahan:

  • Kunyit hidup *
  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • Halia *
  • Belacan melaka *
  • Cili kering *
  • Daun limau
  • Air asam jawa
  • Ikan
  • Bendi/Tomato/Terung

Cara – cara:

  1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*). Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Minyak bolehlah dilebihkan sedikit kerana minyak boleh dibuang apabila sudah siap dimasak. Jika hendak letakkan serai pun boleh juga.
  2. Apabila sudah pecah minyak dan cili sudahpun dimasak, bolehlah masukkan air asam jawa. Air asam jawa janganlah diletakkan banyak – banyak ya!
  3. Biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah masukkan ikan, dan daun limau. Kemudian, perasakan bersama garam dan perasa. Biarkan ianya medidih sehingga ikan sudah masak.
  4. Bolehlah masukkan hiasan seperti bendi, tomato dan terung. Siap!
asam pedas ikan

image via Facebook

Resepi – resepi yang menarik:

Mudahkan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan dibawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.