Sekiranya anda mengidamkan sesuatu yang manis tetapi mudah untuk disediakan, resepi ini khas buat anda. Kali ini kami bawakan resepi kek coklat moist yang pastinya tak cukup jika makan satu. Pasti nak lagi dan lagi!

Resepi ini amatlah mudah untuk disediakan di samping rasanya yang amat manis, pasti semua menggemarinya. Resepi kek coklat moist ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu diwaktu majlis keraian ataupun rumah terbuka.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nina Mahdar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kek Coklat Moist

kek coklat moist

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan susu cair / susu segar
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus

 

  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil ovalette

 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Nota: Kesemua bahan kering diayak

Resepi coklat ganache:

  • 300 gram coklat compound (milk)
  • 150 gram susu cair
  • 2 sudu makan minyak jagung

Cara – cara memasak:

  1. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus kedalam periuk.
  2. Masakkan ke atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut, biarkan suam.
  3. Putarkan telur dan ovalette sehingga kembang.
  4. Masukan adunan coklat yang dimasak tadi.
  5. Kacau rata, kemudian masukkan bahan kering yang telah diayak. Putar sehingga sebati.
  6. Masukkan kedalam loyang saiz 9″ yang telah dialas kertas minyak.
  7. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan, tuangkan ganache ke atas kek.
  9. Siap!

Cara – cara menyediakan coklat ganache:

  1. Satukan coklat dan susu cair kedalam mangkuk.
  2. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau sehingga coklat cair.
  3. Tuangkan sedikit minyak jagung. Kacau rata.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.