Hidangan kek Mango Cheese amat terkenal di kafe popular seperti di Kula Cakes dan pelbagai lagi kafe sekitar Malaysia. Kek Mango Cheese ini mempunyai base biskut, dilapisi bersama cheese dan diatasnya disusun mangga dan mango puree memberikan kombinasi rasa lemak, masam dan manis.

Cara pembuatan bagi hidangan ini tidaklah sesusah yang disangkakan. Ini kerana, hidangan ini tidak menggunakan ketuhar dan sesuai untuk amatur mencubanya. Ianya juga tidak mengambil banyak masa, kerana seusai siap, anda hanya perlu letakkan di peti ais supaya ianya keras dan siap sedia untuk dimakan!

Resepi ini dikongsikan oleh Yusliza Bt Ya’Acob dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook milik beliau. Jom kita lihat!

Resepi Kek Mango Cheese

kek mangga cheese

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1 paket biskut digestive
  • 200 gram margerin
  • Esen vanilla

Bahan B:

  • 3 – 4 biji manga

Bahan C:

  • 2 sudu makan gelatin
  • 150 ml air suam
  • 200 gram cream cheese
  • 100 gram gula kastor
  • 400 ml fresh cream

Langkah – langkah penyediaan:

Bahan A:

  1. Kisarkan biskut digestive sehingga halus.
  2. Cairkan margerin dan gaul dengan biskut tadi bersama esen vanilla.
  3. Masukkan kedalam loyang dan padatkan menggunakan belakang sudu.
  4. Simpan kedalam peti sejuk supaya keras.

Bahan B:

  1. Larutkan gelatin didalam air suam.
  2. Pastikan betul – betul larut.
  3. Kupas mangga dan isinya dipotong dadu.
  4. Ambil 1/3 isi mangga, kisarkan untuk dijadikan puri mangga.
  5. Ketepikan dahulu.

Bahan C:

  1. Larutkan gelatin didalam air suam.
  2. Putarkan cream cheese dan gula sehingga sebati/
  3. Masukkan fresh cream dan putar sehingga kental.
  4. Masukkan sedikit puri mangga dalam 2 – 3 sudu makan.
  5. Masukkan sedikit isi mangga yang sudah dipotong dadu.
  6. Masukkan gelatin yang dilarutkan tadi, kaup balik sehingga rata.
  7. Ambil loyang tadi dan tuangkan cream cheese ke atas lapisan biskut.
  8. Simpan didalam peti sejuk selama satu jam.
  9. Ambil puri mangga dan campurkan dengan gelatin dan isi mangga dipotong dadu tadi.
  10. Keluarkan bekas kek yang sudah berisi cream cheese.
  11. Sekiranya lapisan cream cheese sudah pun keras, tuangkan puri mangga tadi sebagai lapisan ketiga.
  12. Simpan didalam peti sejuk selama dua jam.
  13. Siap dan sedia untuk dimakan!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.