Semperit merupakan sejenis kuih yang amat sedap kerana ianya cair di dalam mulut. Ianya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan dibuat menggunakan acuan yang membentuk seperti membentuk adunan seperti bunga Dahlia. Perkongsian kali ini membawakan kepada anda semperit susu di mana ianya lebih ringkas dan mudah untuk disediakan.

Kuih ini juga amat sesuai bagi mereka yang alergi kepada telur ataupun mereka yang vegetarian kerana ia tidak menggunakan sebarang telur. Bahan yang digunakan amat ringkas dan melalui perkongsian kali ini anda boleh mencuba sendiri resepi ini. Resepi ini juga telah mendapat banyak like dan share di Facebook.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Aishah di laman Facebook milik beliau. Mari kita lihat!

Resepi Semperit Susu

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ½ cawan mentega
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 4 titik esen vanilla
  • 4 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sb tepung custard
  • 4 titik pewarna kuning
  • Sedikit mentega untuk disapu di loyang

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan mentega, susu pekat dan esen vanilla ke dalam bekas.
  2. Gaul menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
  3. Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
  4. Masukkan tepung jagung 2 cawan dulu, dan diikuti tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan. Senang sikit..
  5. Kemudian, masuk lagi baki 2 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Jangan sekali gus ya!
  6. Setelah doh cukup lembut seperti yang kita mahukan. Teksturnya harus mudah untuk ditekan pada nozel.
  7. Apabila sudah siap uli, boleh mula membuat semperit. Masukkan sedikit adunan pada hujung muncung semperit.
  8. Tekan sedikit bagi rata keluar angin dahulu.
  9. Gunakan nozel pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
  10. Hiaskan bersama cip coklat.
  11. Siap untuk dibakar. Panaskan ketuhar dahulu pada 170C selama 5 minit.
  12. Kemudian, bakar semperit yang sudah siap tadi pada 160C selama 25 minit atau sehingga ia mudah tertanggal.
    Nota: Satu adunan ini boleh mendapat 18 biji semperit susu.
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.