Berikut adalah resepi turun temurun yang biasanya dihidang di dalam majlis istimewa seperti hari raya. Ketupat Palas adalah sejenis masakan di mana pulut yang dimasak di dalam daun palas yang telah dianyam menjadi seperti ketupat. Ia mempunyai beberapa versi di antaranya ialah ketupat jagung ataupun kacang merah.

Bagi sesetengah tempat terutamanya di pantai timur, kadangkala ia diisi dengan serunding daging. Versi yang kami bawakan kali ini adalah versi yang paling asas, paling mudah dan paling sedap! Ketupat palas amat sesuai dimakan bersama rendang!

Resepi ketupat palas kali ini telah mendapat banyak perkongsian dan like di Facebook, oleh itu anda bolehlah mencuba sendiri resepi ini. Rusmani Hamzah telah kongsikan resepi ini di media sosial dan telahpun menjadi tular. Jom kita tengok!

Resepi Ketupat Palas

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daun palas
  • 1 kg beras pulut (basuh dan rendam sejam setengah hingga dua jam)
  • 400 ml santan pekat
  • 1 1/2 sudu besar garam halus
  • 1 sudu besar gula

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan garam dan gula dalam santan dan kacau sebati. Ketepikan.
  2. Tos kan beras pulut.
  3. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Apabila letak beras pulut, buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik ke dalam pulut.
  4. Masak air untuk mengukus hingga didih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.
  5. Siap kukus tuang ke dalam besen.
  6. Semasa pulut masih panas masukkan santan tadi. Gaul hingga sebati selama 3 minit. Biarkan dalam 5 minit untuk santan meresap ke dalam pulut.
  7. Kukus buat kali kedua selama 20 minit.
  8. Tuang pulut ke dalam besen dan gaul rata selama 3 minit.
  9. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.
  10. Selepas sudah siap bungkus boleh difrozenkan ataupun kukus terus untuk dimakan.
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.