Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos (Rasa Premium!)

Antara biskut-biskut yang paling popular di negara kita dapati ialah cookies ala famous amos. Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan yang amat ringkas…

Dikemas kini 30 Mei 2020oleh Nur Dini Abd Aziz
Biskut chocolate chip rangup ala Famous Amos bersaiz gigitan
Masa Penyediaan: 30 minitMasa Memasak: 20 minit

Antara biskut-biskut yang paling popular di negara kita dapati ialah cookies ala famous amos. Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan yang amat ringkas iaitu mentega, tepung gandum, gula dan juga chocolate chip. Bagi mendapatkan rasa yang rangup kacang juga kadang kala ditambah seperti kacang badam. Untuk mendapat rasa lebih premium chocolate chip yang berkualiti harus digunakan. Ia memberi satu rasa yang amat sedap dan lebih mewah.

Biskut Chocolate Chip ini selalunya dijual dengan harga yang tinggi, oleh kerana bahan yang digunakan. Namun begitu, sekiranya anda menyediakannya sendiri, biskut ini akan masih dapat rasa premium itu serta anda dapat menjimatkan lebih banyak wang dan menghasilkan biskut yang lebih banyak. Sudah pastinya ianya dapat memberi kepuasan kepada anda, terutamanya buat pencinta biskut ini. Biskut ini juga sesuai dihidangkan bersama dengan susu sejuk, ianya lebih berlemak, pasti anda nak lagi!

Resepi ini dikongsikan oleh Myra Chaqkey dan mendapat ribuan perkongsian di media sosial, Facebook. Pelbagai komen positif juga telah diterima berkenaan biskut ini. Jom kita lihat!

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Biskut chocolate chip rangup bersaiz kecil

Imej via Facebook

Bahan - bahan:

Bahan A (Dikacau sebati):

  • 250 gram mentega
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum

  • 1/2 cawan tepung jagung

  • 1 sudu kecil baking powder

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

  • 6 sudu besar minyak

  • 2 cawan cip coklat

Bahan-bahan untuk membuat biskut chocolate chip

Imej via Facebook

Cara - cara memasak:

  1. Kacau kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Setelah dikacau sehingga sebati, masukkan bahan B.
  3. Gaulkan lagi dan kacau rata kesemua bahan kecuali cip coklat.
  4. Apabila sudah sebati, tambahkan 2 cawan cip coklat.
  5. Apabila sudah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
  6. Selepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar.
  7. Semasa susun di atas loyang, jarakkan jauh sedikit di antara satu sama lain untuk beri ruang kepada biskut untuk mengembang.
  8. Bakar selama 20 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah atau mengikut kepanasan ketuhar masing masing.

Nota: Apabila biskut sudah mengembang dan baunya sudah harum semerbak, itu tandanya biskut sudah hampir masak. Anda juga boleh letak topping almond seperti dalam gambar.

Resepi - resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!