Satu lagi kuih raya yang sangat mudah ditemui dirumah – rumah di Malaysia, terutamanya ketika menjelang hari raya adalah tart nenas. Tart nenas adalah sejenis kuih yang diperbuat menggunakan bahan-bahan seperti mentega, minyak sapi, tepung gandum, kuning telur dan juga sedikit gula. Didalamnya mempunyai inti jem nenas yang biasanya dibuat sendiri, menggunakan buah nenas yang segar dan diparut kemudian ia dimasak bersama gula sehingga pekat.

Pembuatannya agak rumit, namun begitu kini anda bolen membeli sendiri inti jem kerana ia mudah didapati dikedai yang membekal bahan-bahan bakeri. Berbeza dengan inti jemnya, resepi tart nenas jauh lebih mudah dan boleh disediakan sendiri. Ianya tidak menggunakan masa yang lama untuk menyediakan namun, ianya perlu menggunakan nozel untuk membentuk tart tersebut.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mia AdhaRusly dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, jom kita lihat bahan dan cara – caranya!

Resepi Tart Nenas

Tart-Nenas
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan mentega
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan B:

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard

Bahan C:

  • Kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Inti nenas

Cara – cara memasak:

  1. Satukan kesemua bahan A dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan B dan uli sehingga sekata.
  3. Bentukkan dan masukkan inti nenas.
  4. Sapukan bahan C di atas tart.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C sekana 25 minit bergantung kepada ketuhar masing – masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.