Anda inginkan kudap – kudapan yang sedap dan boleh dimakan seisi keluarga? Bosan dengan kuih raya yang sudah ada? Inginkan kelainan? Kali ini, kami bawakan resepi biskut kelapa yang rangup dan pasti akan menjadi kegemaran anda sekeluarga selepas ini.

Resepi biskut kelapa ini merupakan resepi yang ringkas. Ianya menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama yang memberi rasa lemak kelapa tersebut. Rasa manisnya pula terdapat daripada gula kastor yang ditambah ke dalam adunan. Ianya kemudian dibakar sehingga masak menjadikan ianya rangup dan cair di mulut.

Resepi biskut kelapa ini juga jika dimakan pasti tidak boleh berhenti. Ini kerana, saiznya yang sesuai dengan sekali suap ataupun bite-size amat sesuai dimakan oleh anak – anak. Jadi, jom kita cuba resepi ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook beliau dan mendapat perkongsian yang tinggi! Mari kita lihat.

Resepi Biskut Kelapa

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 3 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder

    Satukan kesemua bahan dan sangai sekejap

Bahan B:

  • 2 cawan kelapa parut (sangai dahulu)
  • 1 cawan gula castor
  • 50g @ 1 peket santan serbuk

    Satukan kesemua bahan dan campurkan bersama bahan A. Gaul sebati.

Bahan C:

  • 250g butter / marjerin
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Ambil sedikit2 mentega / marjerin & digaul dengan bahan A yang sudah dicampur bahan B.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
  3. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Kalau doh keras / kering, tambah mentega / marjerin / minyak jagung.
  5. Terap dengan acuan yang digemari.
  6. Bakar pada 170°c 30 minit @ sehingga masak. 
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi dan sedap punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini kepada yang tersayang ye? Semoga berjumpa lagi.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.