Resepi biskut yang dibawa kali ini merupakan satu lagi resepi yang paling digemari sejak dari dulu lagi. Biskut sarang semua amat mudah untuk disediakan kerana ia tidak menggunakan sebarang acuan. Ia mempunyai rasa yang sangat sedap di mana ia mempunyai rasa seperti biskut samperit. Cuma perbezaannya ialah dohnya diparut halus kemudian di sudukan dalam setiap satu paper cup bersaiz mini.

Biasanya ia dihiasi dengan chocolate rice atau rainbow rice sebagai hiasan di atas. Kemudian biskut ini dibakar seperti kebiasaan biskut. Bahannya juga boleh didapati di kedai kek berdekatan ataupun di pasaraya. Perkongsian ini telah mendapat banyak like di Facebook dan anda boleh mencuba sendiri resepi ini untuk dihidang kepada keluarga anda.                    

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nayla Gee di Facebook beliau. Jom kita tengok resepi biskut sarang semut ini. Pasti menjadi!

Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Sarang Semut
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250 gm buttercup
  • 2 cawan tepung kastad
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula castor/halus
  • 1sk esen vanila
  • Sebiji kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Coklat rice
  • Paper cup

Cara – cara memasak:

  1. Ayak tepung gandum, kastad, jagung satukan dan ketepikan.
  2. Mix buttercup dan gula sampai gebu kembang.
  3. Masukkan telur, esen vanila dan pewarna kuning (tidak wajib). Mix dan sebatikan.
  4. Masukkan 3 jenis tepung tadi gaul sebati selepas itu baru uli.
  5. Sagat doh tadi.
  6. Masukkan dalam paper cup menggunakan sudu.
  7. Letak coklat rice sebagai hiasan.
  8. Bakar dlm 150°c dan 20 minit mengikut oven masing-masing.
  9. Tunggu sehingga sejuk dan masukkan ke dalam bekas.
Resepi Biskut Sarang Semut 2
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.