Kuih ini adalah salah satu hidangan yang paling mudah untuk disediakan dan amat sesuai dijadikan hidangan minum petang. Onde -onde ini mempunyai beberapa nama lain iaitu kuih gula Melaka ataupun di Negeri Sembilan ia dipanggil kelepung.

Namun begitu, di sebalik namanya yang sedikit berbeza secara asasnya ia menggunakan bahan yang sama iaitu tepung pulut bersama air daun pandan dan di dalamnya diisi dengan potongan gula melaka. Kemudian ianya direbus sehingga timbul selepas itu ia ditos dan digaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan garam sedikit.

Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Oleh kerana cara pembuatannya mudah, bahannya juga senang untuk didapati, rasanya pula enak serta lazat sekali, rakyat Malaysia tidak kira kaum amat menggemari juadah ini. Malahan, ada juga pelancong dari luar negara menyukai kuih ini tau!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Imah Halimah dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Mari kita lihat resepi ini.

Resepi Onde-Onde

Onde-Onde-Gula-Melaka
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sb tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3/4 hingga 1 cawan air tapisan pandan (agak-agak jangan terlalu lembik atau keras, jika susah dibentuk tambah air)

Bahan B:

  • Gula melaka / gula merah
  • Kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)

Cara – cara memasak:

  1. Satukan semua bahan A.
  2. Bentukkan bulat-bulat dan isi dalam dengan gula melaka atau gula merah.
  3. Letak doh yang sudah dibentuk ke dalam dulang yang sudah ditabur dengan tepung gandum supaya tidak melekat.
  4. Panaskan air.
  5. Bila dah mendidih baru masukkan onde-onde tadi.
  6. Tepung akan timbul dipermukaan air apabila telah masak.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Gaulkan dengan kelapa parut.
Onde-Onde-Gula-Melaka-2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.