Spaghetti Aglio Olio sering terdapat di pelbagai restoran di sekitar Malaysia dan mempunyai permintaan yang baik. Namun, tahukah anda, resepi aglio olio ini amat mudah untuk dimasak dan sekiranya anda seorang yang baru nak bertatih untuk masak, ianya tidak akan menjadi masalah kepada anda. Sudah pastinya anda akan mendapat hasil yang baik kerana cara pembuatannya yang mudah. Aglio Olio berasal daripada Itali dimana ianya bermaksud spaghetti bersama bawang putih dan minyak. Ianya tidak seperti spaghetti yang biasa kerana ianya kering dan mempunyai rasa yang unik. Selalunya, aglio olio boleh digabungkan dengan seafood seperti udang dan kepah. Tidak makan seafood? Tak mengapa, anda bebas untuk gabungkan dengan apa – apa sahaja mengikut citarasa anda. Variasikannya mengikut kreativiti!

Resepi yang mendapat beribu – ribu perkongsian ini telah dikongsikan oleh Sya Shamsuddin di Facebook. Jom kita tengok!

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Aglio Olio

image via My Food Network

Bahan – bahan:

  • Spaghetti – rebus hingga masak
  • Udang (lagi banyak lagi sedap)
  • Ceri tomato
  • Italian parsley
  • 1 labu Bawang putih
  • 4-5 Cili kering

Nota: Cili kering potong panjang – panjang, lebih kurang 4cm. Jangan kisar.

  • Parmesan cheese
  • Cili flakes
  • Olive oil
  • Garam

Nota: Nak gantikan garam dengan chicken stock pun boleh.

Aglio Olio

image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Mula-mula, rebus spaghetti hingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, tuang sedikit olive oil. Kemudian goreng bawang putih yang dicincang halus.
  3. Masukkan cili kering.
  4. Kemudian masukkan secret ingredient, kepala udang. Shh ini rahsia tau!
  5. Goreng lagi hingga garing.
  6. Masukkan spaghetti. Gaul rata. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air.

    Aglio Olio

    Image via Facebook

  7. Seterusnya, masukkan udang, tomato dan parsley. Kita gaul lagi.

    aglio olio

    image via Facebook

  8. Kalau nak pedas, tambahkan cili flakes. Tambah garam dan satu lagi secret ingredient, parmesan cheese. Sedap berlemak.

    aglio olio

    image via Facebook

  9. Siap!
    aglio olio

    image via Facebook

     

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi Aglio Olio ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Jangan lupa juga untuk mencuba pelbagai lagi resepi lain.

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.