Anda mengidamkan mee goreng mamak? Mahukan kelainan untuk diberikan kepada tetamu? Di sini kami bawakan resepi mee goreng mamak yang gerenti dapat memikat hati dan perut anda. Mee Goreng Mamak menjadi kegemaran kerana ianya penuh dengan inti seperti telur dan juga kuih. Rasanya juga pedas dan manis, kena dengan selera kita.

Jangan risau, sekarang anda boleh buat mee goreng mamak sendiri, dimana kebersihannya dan rasanya lebih terjamin. Anda juga boleh adjust rasa mengikut citarasa anda sendiri. Pasti sahaja tetamu akan menggemarinya.

Resepi kali ini telah dikongsikan oleh Siti Norain dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita tengok!

Resepi Mee Goreng Mamak

mee goreng mamak

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Mee Kuning 450 g (5 orang makan)
  • Lada kering *
  • Bawang merah *
  • Bawang putih *

Nota: Bahan yang bertanda asterisk (*) haruslah dikisar bersama

  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • Fish cake dan fish ball
  • Sotong atau udang
  • Telur 2 biji
  • Kicap (6 sudu besar)
  • Sos seafood adabi (2 sudu besar)
  • Sos cili (2 sudu besar)
  • Perencah Maggi Kari (setengah paket)
  • Garam (secukup rasa)

Cara – cara memasak:

  1. Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing.
  2. Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air.
  3. Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball.
  4. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap!

Wah, mudah betul ya untuk masak mee goreng mamak ini. Pastikan anda mengikut resepi ini langkah demi langkah. Confirm yang makan nak lagi dan lagi!

Resepi – resepi yang anda b0leh cuba:

Selain daripada resepi mee goreng mamak ini, saya akan sertakan beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Pastinya memikat sesiapa sahaja yang merasainya. Bila perut kenyang, hati pun senang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan rakan dan ahli keluarga anda ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.