Popia Sira merupakan hidangan minum petang yang amat popular di Malaysia. Terdapat inti didalamnya yang terdiri daripada sayur – sayuran seperti timun jepun dan sengkuang.

Popia Sira juga sering dijual digerai – gerai sekitar kita. Akan tetapi, ianya juga boleh dihasilkan sendiri. Kali ini kami bawakan resepi popia sira khas buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaleha Kakleha dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebok. Jom kita lihat!

Resepi Popia Sira

popia sira

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan inti:

  • Timun Jepun
  • Lobak
  • Sengkuang
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit marjerin
  • Garam
  • Gula
  • Kiub pati ayam maggi

Bahan popia:

  • Kulit popia
  • Sedikit tepung gandum
  • Air

Bahan sira:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih

(Kisarkan kesemua bahan)

  • 2 senduk gula
  • 2 senduk cili kering yang dikisar
  • 2 senduk gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit asam jawa

Cara – cara memasak:

Inti:

  1. Panaskan marjerin.
  2. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
  3. Perasaakn dengan garam, gula dan kium pati ayam.
  4. Masukkan lobak, sengkuang dan timun.
  5. Goreg sehingga layu sedikit.
  6. Angkat dan tapiskan supaya air keluar.
  7. Ketepikan.

Kulit popia:

  1. Ambil sekeping kulit popia, masukkan inti dan gulung untuk lekatkan.
  2. Letak sedikit tepung gandum yang dicampur air
  3. Ulang langkah itu sehingga habis
  4. Goreng sehingga kekuningan.
popia sira

image via Facebook

Sira:

  1. Tumiskan cili sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan gula, garam dan asam jawa dan masak sehingga betul – betul pekat.
  3. Letakkan popia yang sudah siap digoreng
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.