Dalgona berasal daripada negara Korea Selatan dan selalunya berperisa Kopi. Ianya merupakan gabungan kopi dan susu dalam nisbah yang seimbang menjadikannya lebih berkrim seperti tekstur krim putar. Dalgona kopi juga amat terkenal kerana rupanya bersama susu seakan – akan kopi latte bertaraf kafe. Rasanya juga manis dan melazatkan.

Kali ini kami bawakan resepi Dalgona milo yang lebih dekat dengan orang Malaysia. Bahan – bahannya terdiri daripada milo, gula dan ovallete. Pentingnya ovallete kerana ia akan menghasilkan tekstur yang lebih ringan. Dalgona milo kali ini merupakan versi panas suam yang sesuai diambil pada waktu malam dan juga sesuai untuk dihidangkan kepada anak kecil kita.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Noah Asfa di lama Facebook beliau dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook.

Resepi Dalgona Milo

dalgona milo suam

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3tbsp – 4tbsp Milo
  •  1 1/2 tbsp Gula perang
  •  1 1/2 tsp Susu pekat
  • Ovellet
  • 3tbsp Air panas

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan milo, gula dan susu.
  2. Pukul sebentar.
  3. Kemudian, masuk air panas dan ovellet pukul sampai pekat.
  4. Kalau pekat letak sikit air tetapi jangan smpi cair.
  5. Masukkan susu suam dalam gelas, letak milo yang sudah dipukul tu diatas.
  6. Tabur milo sikit. Selamat diminum.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.