Roti sandwich sangat digemari di kalangan masyarakat kita oleh kerana rasanya yang sedap dan sangat mengenyangkan di samping memenuhi zat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia terdiri dari roti sebagai sumber karbohidrat, telur atau lain-lain sebagai sumber protein dan sayuran salad sebagai sumber serat dan vitamin.

Terdapat pelbagai jenis sandwich yang boleh disediakan. Antaranya, sandwich sardin, sandwich telur, sandwich ayam dan sandwich seafood. Semuanya boleh diolah resepi untuk menjadikan ia menu yang sedap dan berkhasiat untuk dimakan. Sandwich masyarakat kita biasanya dipotong bentuk segitiga atau segiempat untuk menjadikan nama uniknya adalah SANDWICH. Hihi

Biasa kalau kita makan di Subway, terdapat pelbagai jenis roti, salad, sos dan topping untuk kita pilih. Kebanyakannya sangat sedap dan mengenyangkan. Namun, harganya tidak pula seenak rasa sandwichnya. Jadi, lebih baik untuk kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan duit kita di samping menyediakan menu yang sihat dan sedap buat keluarga kita.

Hari ini kami akan kongsikan resepi ringkas roti sandwich telur yang telah diupload oleh saudara Lud Ibrahim di Facebook. Kata beliau, ini merupakan resepi yang diniagakan beliau yang pernah menjadi salah satu punca pendapatan tambahan untuk beliau. Semoga bermanfaat!

 

Resepi Roti Sandwich

Image via Facebook

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

– 10 biji Telur Ayam (Direbus)
– 4sudu makan mayonis
– Lada sulah
– Sebuku roti saiz bonanza
– 3biji Tomato
– Salad
– Butter untuk sapuan roti

Cara Penyediaan:

1) Telur rebus dihancurkan
2) Kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah. Gaul rata.
3) Untuk roti, sapukan butter ke atas roti.
4) Kemudian, letakkan adunan telur tadi ke atas roti secukupnya dan ratakan
5) Letakkan ulam salad dan tomato ke atas roti dan kepitkan.
6) Akhir sekali, potong tepi roti dan potong menjadi segitiga. SIAP!

Selain resepi ini, kami juga banyak memaparkan resepi-resepi lain yang sedap dan berbaloi untuk anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.