Nak masak apa ya untuk tengah hari? Masih mencari resepi? Kini tidak perlu lagi! Kami bawakan kepada anda resepi Asam Pedas Ayam khas buat anda semua. Resepi ini boleh disediakan kepada seisi keluarga buat hidangan pada tengahari ataupun malam.

Asam pedas ayam amat lazat kerana ianya menguji deria rasa masam serta pedas anda! Ianya juga amat mudah untuk disediakan, jadi jangan gusar! Jom kita lihat resepinya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nuraishah Hasnan dan mendapat banyak komen positif serta likes di media sosial.

Resepi Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Segenggam besar asam jawa (ramas dengan semangkuk air)
  • Segenggam besar cili kering* (gunting dan rendam. Nak pekat atau cair terpulang)
  • 1 atau 2 biji bawang besar*
  • 3 /4 ulas bawang putih*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • Kunyit sebesar ibu jari*
  • Belacan dalam sebesar duit 50 sen*
  • 1 sudu makan lada hitam*

Cara penyediaannya:

  1. Blend bahan bertanda * sampai lumat.
  2. Tumis bahan blend sampai naik minyak.
  3. Tumis sampai bahan blend betul-betul garing dan wangi. Kat sini la rahsia asam pedas tu sedap.
  4. Apabila bahan blend tadi dah garing, masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan ayam, daun kesom dan bunga kantan.
  6. Tunggu sehingga kuah mendidih dan ayam empuk. Perasa dengan garam, aji dan sedikit gula.
  7. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .