Dumpling merupakan hidangan kaum Cina yang amat digemari oleh semua rakyat Malaysia. Digabungkan pula bersama dengan sosnya, ianya pasti merupakan sebuah kombinasi yang amat lazat. Selalunya, dumpling akan dipesan di restoran atau dibeli sejukbeku. Namun, anda juga boleh menyediakannya sendiri!

Resepi kali ini kami bawakan kepada anda adalah resepi dumpling! Ianya amat lazat dan yang paling penting, amat sesuai untuk disediakan oleh si amatur. Anda boleh menyediakan semuanya sendiri termasuk daripada kulit dumpling! Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati.

Dumpling juga merupakan salah satu hidangan yang sihat kerana tidak menggunakan minyak dan direbus atau dikukus sahaja. Oleh itu, buat mereka yang ingin menjalani kehidupan yang sihat, hidangan ini juga sesuai buat anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Farra Johari dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Mari kita lihat!

Resepi Dumpling

dumplings
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kulit dumpling:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi (pilihan)
  • 1/2 cawan air

Inti dumpling:

  • Isi ayam dicincang (bahagian dada sahaja)
  • 20 ekor isi udang (secara anggaran, lebih banyak lebih sedap dan dicincang halus)
  • 2 3 urat daun bawang (diracik halus)
  • 1/2 biji bawang holland (dicincang)
  • Seulas bawang putih (dicincang)
  • Halia 2 hiris dan dicincang (diletakkan sedikit sahaja)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis/ kicap cair
  • 1 sudu besar sos ikan/sos sotong
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara – cara memasak:

Kulit dumpling:

  1. Campur semua bahan, uli selama 10 minit.
  2. Rehat doh selama 2 jam, tutup doh dengan tuala lembab.
  3. Selepas 2jam, uli tepung dalam 5 minit lagi dan rehatkan doh selama 30 minit.

Nota: Kondisi doh kenyal dan tidak melekat pada tangan apabila diuli.

Inti dumpling:

  1. Gaul semua.
  2. Siap!

Cara membuat dumpling:

  1. Canaikan doh kecil secara membulat, isi inti dan kelim mengikut keselesaan anda.
  2. Rebus dumpling sampai timbul dan biarkan dalam 2 ke 3 minit masa merebus.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan.
  4. Dumpling juga boleh dikukus dalam 15 minit.
  5. Hidangkan bersama sos thai. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.