Mee Calong merupakan hidangan yang amat popular jika anda berada di sekitar Pahang ataupun Terengganu. Ianya merupakan mee yang dihidangkan bersama dengan bebola ikan yang dibuat sendiri tau!

Sekiranya anda penggemar mee calong dan ingin mencuba resepi ini, post ini khas buat anda! Kini, anda bolehlah sediakan sendiri mee calong di rumah anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ilya Nornid Lieya dan mendapat banyak likes di Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Mee Calong

Resepi Mee Calong

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bebola:

  • Ikan selayang / tenggiri (tumbuk yang mentah)
  •  1/2 biji bawang besar
  •  3 ulas bawang putih
  •  Halia
  •  Lada hitam agak
  •  Garam
  •  Gula

Tumis Sawi:

  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • Sawi
  •  Lada hitam
  •  Bihun

Cara penyediaannya:

Bebola:

  1. Tumbuk semua bahan bebola.
  2. Bulatkan bahan yang telah ditumbuk seperti di dalam gambar.

Tumis sawi:

  1. Tumis bawang putih dan masukkan air.
  2. Masukkan bebola ikan. Apabila sudah timbul maknanya sudah masak.
  3. Masukkan sawi. Apabila sudah mendidih masukkan bihun.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .