Daging Bakar Danok merupakan daging bakar yang dimakan bersama sos istimewa. Apa yang uniknya pada daging bakar Danok ini adalah, cara perapannya berbeza daripada daging bakar biasa. Ditambah pula dengan sos istimewa, resepi daging bakar Danok ini pastinya lain daripada yang lain.

Cara pembuatan daging bakar Danok ini tidak sukar, ianya juga salah satu pendekatan yang baik untuk lebih sihat kerana kaedah masakannya tidak menggunakan minyak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nadia Sukiran MK dan mendapat banyak perkongsian di media sosial! Jom kita lihat!

Resepi Daging Danok

Resepi Daging Danok

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging

Bahan perap:

  • Bawang putih (tumbuk)
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Garam dan gula

Thai Sos:

  • 7 ulas bawang putih
  • 5 cili api hijau
  • 5 cili api merah
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 – 4 sudu sos ikan
  • 2 – 3 sudu air limau nipis
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam
  • Daun ketumbar gunting halus
  • Kacang tanah tumbuk halus

Cara penyediaannya:

Daging:

  1. Lumurkan daging yang sudah dipotong dengan bahan perap dan balancekan rasa mengikut citarasa anda. Perap dahulu.
  2. Bakar di atas pan. Kalau nak daging juicy kena gunakan api kecil.
  3. Selepas dah bakar semasa panas potong kecil-kecil.

Sos Thai:

  1. Tumbuk halus bawang putih, cili api hijau dan merah mengikut tahap kepedasan yang anda mahu.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan sos tiram, sos ikan, air limau nipis, gula, garam, daun ketumbar dan kalau mahu boleh tambah beras goreng yang ditumbuk hancur atau kacang tanah tumbuk halus.
  3. Kacau sehingga sebati dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .