Pada kali ini kita akan kongsikan resepi kari kambing bersama dengan anda. Pastinya ramai yang menggemari kari kambing bukan. Tetapi jika beli di kedai-kedai sudah semestinya mahal.

Jika dapat masak di rumah kita dapat pastikan kari kambing yang kita masak tepat dengan citarasa kita dan boleh makan sampai puas!

Resepi kari kambing ini telah dikongsikan oleh Mazira Hassan di laman sosial Facebook miliknya dan telah memperoleh banyak perkongsian. Anda mesti cuba resepi ini!

Resepi Kari Kambing

Resepi Kari Kambing

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang besar  (hiris)*
  • 4 sekawan*
  • 2 tangkai daun kari*
  • Sehelai daun pandan*
  • 2 biji bawang besar#
  • 7 ulas bawang putih#
  • Halia#
  • 7 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 3 sudu makan cili [email protected] cili
  •  1 kotak kecil santan kara
  • Air (campurkan dengan santan ikut citarasa pekat atau tidak)
  • Garam gula secukup rasa
  • Asam keping

P/s: Bahan yang bertanda # perlu diblend. Bancuh semua rempah jadikan pes.

Cara penyediaannya:

  1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau dan agak kering.
  2. Kemudian masak bahan yang diblend dan tumis sehingga garing dan masukkan pes rempah.
  3. Masak rempah biar sampai naik minyak dan garing. Kemudian, masukkan daging kambing.
  4. Biar daging keluarkan jus. Kemudian, baru tambahkan air sehingga daging menjadi lembut.
  5. Selepas itu, barulah masukkan santan dan masak sehingga pekat. Rasa garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .