Kalau cakap pasal tomyam, sudah tentu kita akan teringat akan kedai atau warung yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia, yang lazimnya menggemarkan hidangan tomyam untuk makan malam. Pastinya, kedai tersebut tidak kurang daripada dua berada dikawasan anda. Namun, sebagai seorang surirumah atau ibu, pastinya kita akan memilih untuk memasak. Selain daripada kita dapat menjamin kesedapannya, kebersihannya juga akan lebih terjamin.

Tomyam merupakan sup yang berasal daripada Thailand yang pada mulanya diperkenalkan sebagai hidangan keluarga Diraja Thailand pada abad ke-19. Tomyam memberikan anda rasa masam dan manis serta pedas, kena dengan tekak kita sebagai rakyat Malaysia. Caranya juga mudah dan lebih sihat jika hendak dibandingkan dengan makanan yang bergoreng. Tomyam juga selalunya digabungkan bersama dengan udang, makanan laut campur, ataupun ayam.

Tanpa kita membuang masa mari kita lihat resepi Tomyam yang telah dikongsikan oleh Nora Asikin Mahmed Remali di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian!

Resepi Tomyam Thai

Tomyam

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan utama:

  • Pes tomyam (saya guna brand MAE PRANOM)
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Seafood (ikut citarasa)
  • Santan cair
  • Susu pekat manis (2-3 sudu besar)
  • Sos ikan thai
  • Cili padi

Bahan – bahan sampingan:

  • Bunga kobis
  • Cendawan
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Jus limau nipis

Cara – cara memasak tomyam:

  1. Masukkan pes tomyam, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi & bawang holland ke dalam santan cair. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah.)
  2. Masukkan seafood dan perasakan dengan sos ikan thai dan susu pekat manis. Sesuaikan masin dan manis mengikut citarasa masing – masing.
  3. Akhir sekali, masukkan bunga kobis dan cendawan kemudian biarkan ianya masak seketika menggunakan api besar (pastikan sayur – sayur tidak terlalu masak. Anda juga boleh tambahkan lobak, celery dan lain – lain mengikut citarasa.)
  4. Padamkan api dan masukkan tomato. Masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar sebelum dihidang.
  5. Siap!

Resepi resepi lain yang anda boleh cuba:

Mudah kan resepi ini? Sudah tentu sesuai untuk sesiapa yang baru mula belajar untuk memasak. Cubalah dan hidangkan kepada yang tersayang! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda dengan tekan butang share. Selain daripada resepi ini, terdapat juga resepi lain yang anda boleh cuba.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.