Sudahlah terik pukul 12 tengah hari. Dalam kereta pasang air cond pun terasa panas. Kerja duk dalam office pun terasa panas. Apalagi yang kerja tak ada aircond. Siaplah mandi peluh dan dahaga. Panas-panas macam gini memang lebih puas kalau dapat minum yang sejuk-sejuk.

Coconut shake lah pilihannya! Konfirm boleh hilangkan dahaga anda. Rasai segar air kelapa dan isinya yang anda sedut terus masuk ke dalam tekak anda. Membuat tenaga anda seperti diisi kembali. Rasa manis dan kental aiskrim vanilla. Pergh sedap gila!

Kalau biasanya anda beli coconut shake di kedai. Apakata kalau anda cuba buat pulak di rumah. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Noor Hamizah Ngatiman di Facebook.

Coconut shake ini senang buat dirumah. Rasanya sebijik macam beli di kedai. Lebih puas rasa kelapa yang amat banyak, boleh letak aiskrim banyak-banyak. Lebih untung dapat banyak, cukup anak-beranak minum ramai-ramai. Sila cuba.

Resepi Coconut Shake

coconut shake

Imej via norazlitaaziz

Bahan-bahan :

  • 1 cawan air kelapa muda dan ambil isi sekali
  • 1 cawan ais krim vanilla
  • 1 cawan ais ketul
  • 3 sb susu pekat

Cara Menyediakan Coconut Shake

1. Blend semua bahan sampai lembut.
2. Siap letak dan terus hidang.
Boleh hiaskan dengan nata de coco dan coklat rice.

coconut shake

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi coconut shake, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.