Agar-agar merupakan satu lagi pencuci mulut yang amat senang untuk disediakan. Ianya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja seperti sebuah agar – agar air ataupun susu dan juga gula. Agar-agar permata menggunakan agar – agar yang dipotong kecil-kecil yang cantik di dalam sebuah agar – agar yang besar. Jika anda tidak pernah mencuba resepi ini, anda sewajarnya mencuba resepi mudah ini.

Oleh kerana agar – agar permata ini unik, pasti ada yang tertanya – tanya akan cara pembuatan agar – agar ini. Jangan khuatir, cara pembuatannya masih mudah dan amat mesra beginner. Jadi, buat mereka yang amatur, resepi ini sesuai untuk anda. Ianya juga salah satu pencuci mulut yang sesuai untuk dihidangkan kepada kesemua lapisan umur.

Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Amalina Anati Abdullah dan mendapat perkongsian sebanyak 3.8 ribu di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Agar – Agar Permata

Agar - agar Permata
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 paket 25g agar – agar tali
  • Air 6 cawan
  • Gula 6 sudu besar (boleh tambah kalau nak lagi manis)
  • 1/2 tin susu cair
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan air, gula dan agar – agar. Larutkan atas api sederhana sehingga betul – betul larut.
  2. Tutup api.
  3. Ambil 3 senduk kecil agar – agar yang telah larut tadi dan masukkan ke dalam 3 bekas berasingan. Letakkan pewarna bagi setiap bekas dan sejukkan di bawah kipas.
  4. Baki agar – agar di dalam periuk dipanaskan atas api sederhana dan masukkan susu cair.
  5. Tuang agar – agar susu tadi ke dalam loyang.
  6. Potong dadu agar – agar warna warni.
  7. Masukkn agar agar warna warni ke dalam agar – agar susu.
  8. Biarkan sejuk bawah kipas sekejap baru masukkan ke dalam peti.
  9. Apabila sudah sejuk boleh dihidangkan.
agar - agar permata
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.