Hello pembaca semua, di manapun anda berada semoga selalu bersemangat menjalani hari. Mulai hari dengan penuh semangat dan tentunya jangan lupa menyantap masakan yang sedap dan lazat supaya kenyang dan bersemangat dari pagi hingga petang.

Sudah memikirkan menu masakan hari ini? Apakata kalau masak udang. Masak udang dengan resepi sedap dan memecah selera membuat anda tidak akan pernah melewatkan jam makan pagi, petang mahupun malam.

5 resepi udang yang kami kongsikan ini ialah resepi-resepi pilihan daripada Facebook yang viral ketika dahulu. Telah kami tuliskan dan susunkan dengan rapi untuk para pembaca. Tak perlu ragu lagi, buang mood malas dan mari mula memasak udang.

Sangat disayangkan sekali jika anda tidak mencuba resepi udang sedap dan mudah yang kami kongsikan ini. Memasak udang sangat senang. Tanpa memerlukan keahlian memasak yang tinggi sekalipun anda boleh memasak udang yang sedap dan menggiurkan.

Sila rujuk resepi di bawah ini. Hidangkan masakan udang untuk ahli keluara yang sudah lama mengidam masakan udang. Manjakan lidah anda dengan sensasi seafood yang menarik dan sedap. Jangan lupa simpan resepi ini supaya anda boleh guna lagi nanti.

Resepi Udang Sambal Lemak Nenas

udang lemak nenas

Imej via Facebook

Yang tercari-cari resepi udang sedap dan memecah air liur. Sila tengok perkongsian resepi daripada ‎Maheran Nor Sabarina Salim‎ di Facebook. Jom cuba.

Bahan Kisar :

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang lada cili
  • 3 sudu lada kering kisar

Bahan – Bahan lain :

  • Udang galah / udang kulit putih dan lain-lain
  • 2 batang serai dititik
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • 1 cawan santan pekat
  • Air asam secawan
  • Nenas yang sederhana masak dihiris-hiris.

Cara Memasak :

  1. Pertama sekali, tumiskan serai.
  2. Bila mula naik wangi tumiskan bahan blender sehingga naik minyak.
  3. Kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam.
  4. Tuang air asam dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat, gaulkan sekali lagi dan masukkan nenas.
  6. Perasakan dengan garam sedikit dan gula.
  7. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh. Siap.

Resepi Udang Masam Manis

udang masam manis

Imej via Facebook

Mencari masakan tengah hari yang sedap? Sekali untuk bekal suami ke tempat kerja. Anda boleh cuba hidangkan menu udang masam manis daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di Facebook. Mari tengok dan cuba.

Bahan Kisar :

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 10-15 biji cili padi (ikut mahu pedas banyak mana)
  • Sedikit halia

Bahan lain :

  • Sos cili
  • Sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Bawang holland hiris bulat
  • 1/2 kilo udang

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik minyak dan garing.
  2. Seterusnya masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan sos ikan, sos cili daun limau.
  4. Masukkan udang, bawang hiris dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. (Jika mahu kuah tambah air sedikit)
  6. Siap.

Resepi Cucur Jagung Udang

cucur udang jagung

Imej via Facebook

Mencucur pula kita selepas ini. Cucur jagung campur udang. Sedap tiada tandingan. Cicah pakai sos makin meleleh air liur. Makan cucur paling best bersanding dengan teh o ais atau panas. Makan petang-petang bersama keluarga. Memaniskan hari-hari anda. Sudah tak sabar nak tahu resepi cucur ini jom tengok di bawah ini resepi perkongsian ramai daripada ‎Afiqah Koh‎ di Facebook. Resepi sangat simple

Bahan-bahan :

  • Jagung
  • Sweet corn (dalam tin)
  • Tepung gandum
  • Udang
  • Cili Padi @ cili merah (ikut kepedasan anda)
  • Bawang
  • Daun Kucai
  • Telur
  • Garam
  • Air

Cara Memasak :

  1. Gaulkan semua adunan sehingga sebati.
  2. Biarkan seketika dan boleh digoreng sehingga kekuningan.
  3. Cicah bersama sos @ sambal kicap.

Resepi Udang Masak Diraja

udang diraja

Imej via Facebook

Resepi yang satu ini confirm rasanya tidak mengecewakan. Resepi yang terbaik dan patut cuba mengikuti resepi daripada Suhaiza Binti Haji Sukardi‎ ini. Gerenti akan menghasilkan masakan udang paling sedap.

Bahan Kisar :

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang lada cili
  • 3 sudu lada kering kisar

Bahan2 lain :

  • Udang galah / udang kulit putih dan lain-lain
  • 2 batang serai dititik
  • Daun kunyit dihiris halus
  • 2 keping Asam keping
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • 1 cawan santan pekat

Cara Memasak :

  1. Tumiskan bahan yang dikisar
  2. Bila minyak naik bau masukkan serai dan asam keping.
  3. Kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam.
  4. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat.
  6. Gaulkan dan masukkan daun kunyit.
  7. Perasakan dengan garam sedikit dan gula.
  8. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.
  9. Siap.

Resepi Udang Harimau Cili Cuka

udang cili cuka

Imej via Facebook

Pernah dengar udang harimau? Udang ini saiz besar sebesar tapak tangan dan beberapa ada belang pada kulitnya yang keras itu. Udang jenis ini biasa dimasak cili cuka dan dihidang pada hari perayaan tertentu. Mari kita tengok resepi perkongsian daripada Nur Sirhan Tiben‎ di Facebook. Sila cuba.

Bahan-bahan :

  • Udang harimau 20 ekor

Blend basah :

  • Bawang merah besar 1 biji
  • halia 1/2
  • Bawang putih 7 ulas
  • Kunyit hidup 1/2
  • Cili kering 7 tangkai

Tumis kering tanpa minyak, sebelum blend :

  • Jintan putih 1/2 sudu kecik
  • Jintan manis 1/2 sudu kecik
  • Biji ketumbar 1/2 kecik
  • Kacang ulunthu 1 sudu kecik

Cara Memasak :

  1. Tumis kesemua bahan blend basah.
  2. Masukkan daun kari 1 tangkai.
  3. Bila bau sudaa naik masukkan udang dan garam.
  4. Gaul dan bagi sedikit air bagi udang masak.
  5. Jika udang sudah masak, 5 minit sebelum angkat masukkan rempah ratus yang sudah diblend, gaul lagi.
  6. Lepas 5 minit angkat.
  7. Kalau mahu tambah cuka sedikit pun boleh. Letak sedikit saja selepas angkat.

Resepi-resepi udang di atas sangat mudah dan menarik. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Selamat mencuba.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .