Kek sarang semut adalah sejenis kek yang sangat popular sejak dari dulu hingga kini. Ia diperbuat menggunakan gula hangus dan kemudian ianya dibakar menggunakan oven. Kek ini amat menarik kerana mempunyai tesktur berongga didalamnya dan dari situlah ia dinamakan sarang semut. Untuk membuat kek ini tidaklah susah sebenarnya malah cara membuatnya juga amat mudah cuma ia memerlukan masa untuk menghasilkan rongga didalam kek tersebut.

Rasa kek sarang semut ini adalah manis dengan sedikit sentuhan pahit daripada gula hangus tersebut. Ianya amat digemari oleh ramai orang dek kerana rasanya yang unik. Kek ini juga sesuai dimakan begitu sahaja diwaktu petang, ataupun boleh disimpan kerana ianya tidak cepat rosak. Sekiranya anda ingin membuat resepi tradisional, resepi ini pasti sesuai untuk anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cheq Mah di Facebook beliau. Ujar beliau, resepi ini merupakan resepi bisnes beliau. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kek Sarang Semut

Kek-Sarang-Semut
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Air Gula:

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan air panas

Bahan A:

  • 6 biji telur gred A
  • Sedikit esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar majerin

Bahan B:

  • 1 1/2 cawan tepung gndum
  • 2 sudu tehsoda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder

Cara – cara memasak:

  1. Carikan gula sampai sebati dan naik buih keperangan. Kemudian, masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau.
  2. Blend semua bahan A dan tuangkan ke dalam bahan B.
  3. Ayak semua bahan.
  4. Sebatikan bahan A dan bahan B dan air gula yang telah dihanguskan.
  5. Masukkan semula ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
  6. Tuand ke dalam loyang yang telah disapu marjerin dan bakar.
  7. Bancuhan kek memang kelihatan cair.
  8. Sebelum bakar panaskan oven dulu selama 10 minit atau mengikut oven masing-masing.
  9. Bakar menggunakan api bawah menggunakan 160C selama 50 minit.
  10. 15 minit terakhir tukar jadikan api atas bawah.
  11. Siap!
Kek-Sarang-Semut-2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.