Mencari resepi telur rebus?

Telur merupakan antara makanan yang kaya dengan sumber protein. Ianya mempunyai pelbagai cara masakan, dan merebus adalah salah satu cara yang sihat.

Ada banyak ke cara untuk memasak telur rebus? Semestinya ya! Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi telur rebus buat anda. Teruskan membaca!

#1 Telur Rebus Air Asam

Imej via Facebook

Ini merupakan resepi yang viral akhir-akhir ini – telur rebus air asam. Rasa masam serta berlemak membuatkan ramai menggemarinya. Resepinya juga ringkas! Resepi ini dikongsikan oleh Norul Haisyu di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Telur rebus
  • Cili api
  • Bawang besar (dihiris/cincang)
  • Tomato (dihiris/cincang)

Bahan air asam:

  • Asam jawa
  • Garam seckup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Air suam

Cara-cara:

  1. Kupaskan telur rebus di bawah air yang mengalir. Toskan dan potong.
  2. Masukkan cili, tomato dan bawang ke dalam telur. Ketepikan.
  3. Bancuh sebati bahan air asam dan tuangkan ke dalam telur.
  4. Biarkan meresap selama 15 minit.
  5. Sedia untuk dihidang.

#2 Kurma Telur

Imej via Facebook

Hidangan ini cukup enak dinikmati bersama nasi putih panas-panas – kurma telur! Rasanya yang berempah memang cukup padu. Resepi ini dikongsikan oleh Roskaryati Abu Bakar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang kecik/merah (dimayang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • Sedikit halia( dimayang halus)
  • Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang *optional
  • 3 cawan santan pekat.
  • 2 paket rempah kurma
  • 10 biji Telur (direbus)
  • 2 biji cili merah/hijau
  • 1 biji bawang besar (dibelah empat)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Apabila bahan-bahan tumis tadi sudah layu, masukkan rempah kurma bersama 2 cawan air.
  3. Kacau rempah kurma tu sehingga pecah minyak.
  4. Apabila rempah kurma hampir kering dan pecah minyak masukkan santan.
  5. Biar santan mendidih dan pekat/pecah minyak.
  6. Masukkan telur, cili hiasan dan bawang besar.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  8. Setelah lebih kurang 2 minit, padamkan api.
  9. Sedia untuk dihidang.

#3 Rendang Telur

resepi telur rebus
Imej via Facebook

Rendang merupakan cara masakan yang cukup digemari orang kita, tambahan pula semasa hari raya dan kenduri-kendara. Rendang telur merupakan antara resepi yang wajib anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Latifah Hanim Muin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
  • ½  genggam ikan bilis
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 kotak santan
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 1 keping asam
  • 1 kiub pati ikan bilis

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering (dipotong dan direbus)
  • 10 biji cili api (boleh kurangkan cili atau tambah ikut selera)
  • 5 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar

Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan kisar.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan bilis, santan, kerisik dan asam keping.
  4. Tambahkan garam dan kiub pati ikan bilis, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun limau dan daun kunyit.
  6. Apabila daun layu, masukkan telur rebus.
  7. Kacau sebentar dan tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang.

#4 Golden Ball

resepi telur rebus
Imej via Facebook

Jika anda biasa ke Sushi King, pasti anda pernah terdengar menu ini. Anda juga boleh mencuba resepi Golden Ball ala Sushi King. Resepi ini dikongsikan oleh Joanna Johan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Jejari ketam (dipotong kecil)
  • Mayonis
  • 5 biji telur rebus (dibuang kulit)
  • Susu segar
  • Serbuk roti
  • ½ cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar tepung serbaguna
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Celur jejari ketam di dalam air panas dan toskan.
  2. Letakkan mayonis dan susu segar. Gaulkan dan ketepikan.
  3. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung serbaguna dengan air. Pastikan tekstur pekat.
  4. Salutkan pada telur dan golekkan dengan serbuk roti.
  5. Menggunakan periuk kecil, goreng tenggelam di dalam minyak.
  6. Angkat dan belah telur kepada dua.
  7. Masukkan inti jejari ketam tadi.
  8. Sedia untuk dihidang.

#5 Paprik Telur

Imej via Facebook

Jarang didengari, namun tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya sendiri. Resepi paprik telur ini mendapat sambutan daripada ramai, jelas menunjukkan yang ianya enak dan mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Aisya di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Telur rebus (dibuang kulit dan goreng)
  • Lobak
  • Kacang panjang
  • Bawang besar (dipotong empat)
  • Daun limau
  • Cili kisar
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos cili

Cara-cara:

  1. Tumis cili kisar sehingga garing, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
  2. Setelah sebati, masukkan lobak, kacang panjang dan bawang besar.
  3. Gaul sekejap terus masukkan telur tadi.
  4. Masukkan daun limau purut dan gaul sebati.
  5. Sedia untuk dihidang.

#6 Telur Pindang

Imej via Facebook

Telur pindang merupakan makanan tradisi orang Cina. Di kenduri-kendara, anda pasti akan jumpa hidangan ini. Anda juga boleh mencubanya di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Amylia Amy di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 30 biji telur ayam gred C (dibasuh)
  • Jintan (dibasuh)
  • Ketumbar (dibasuh)
  • Garam secukupnya
  • ½ kg bawang kecil
  • 5 batang serai (dititik)
  • Sebuku lengkuas (diketuk)
  • 2 inci halia (dibasuh bersih dan diketuk)
  • Secekak daun jambu batu)
  • Secekak daun senduduk (dibasuh bersih)
  • Secekak daun serai (dibasuh bersih)
  • Secekak daun manggis *optional (dibasuh bersih)
  • Kulit bawang merah
  • Sedikit kicap pekat *optional

Cara-cara:

  1. Susun daun dan bahan lain pada lapisan pertama.
  2. Masukkan garam sedikit dan susun telur di atas daun.
  3. Susun lagi buat lapisan kedua dan susun tlur yang berbaki.
  4. Susun daun di atas telur sebagai penutup dan taburkan garam.
  5. Masukkan air dan pastikan air menutupi periuk.
  6. Masak menggunakan api kecil dan rebus selama 4 hari atau 3 malam.
  7. Setelah masak, ambil telur dan rendam dengan air sejuk.
  8. Sedia untuk dihidang.

#7 Acar Rempah Telur Burung Puyuh

resepi telur rebus
Imej via Facebook

Ada yang sukakan telur burung puyuh? Ianya cukup sedap dibuat acar rempah, jadi cubalah resepinya yang mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Asniey Fazer di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Timun
  • Lobak
  • Lobak masin
  • Ikan bilis @ udang kering
  • Telur puyuh @ daging salai
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kerisik
  • Rempah acar
  • Rempah ratus 3 sekawan

Cara-cara:

  1. Tumis rempah ratus kemudian masukkan halia, bawang besar, bawang putih, rempah acar, ikan bilis @ udang kering dan kerisik. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan timun, lobak, cili merah, lobak masin, cili hijau, bawang besar.
  3. Gaul rata kemudiam masukkan gula, garam,  serbuk peras dan cuka.
  4. Kemudian, masukkan telur puyuh.
  5. Gaul rata kemudian siap dihidang.

#8 Sambal Telur

Imej via Facebook

Sambal telur merupakan antara resepi telur rebus yang paling mudah dan cepat untuk disiapkan. Ianya juga sedap dan engenyangkan. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Telur (direbus dan dibuang kulit)
  • 1 genggam cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula pasir/melaka
  • ½ sudu besar belacan
  • Asam keping / air asam jawa pekat
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan telur selama 1-2 minit sehingga perang. Ketepikan.
  2. Kisarkan cili kering, bawang putih, belacan dan bawang besar. Masukan sedikit air.
  3. Panaskan minyak untuk menumis sambal, boleh juga tambah minyak gorengan telur tadi.
  4. Tumis bawang hiris hingga layu. Kemudian, masukkan bahan kisar.
  5. Tumis sehingga lada garing menggunakan api sederhana. Pastikan kuali ditutup.
  6. Teruskan mengacau sehingga sambal menjadi garing.
  7. Kemudian, masukkan asam keping atau air asam.
  8. Masukkan gua dan kacau sebati.
  9. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  10. Setelah sambal masak, masukkan telur dan gaulkan rata.
  11. Biarkan selama 2-3 minit. Sedia untuk dihidangkan.

#9 Sup Wantan Telur Puyuh

Imej via Facebook

Resepi ini bukan sahaja sedap dan mudah untuk dicuba, malah ianya juga menyihatkan. Sesuai dinikmati semasa cuaca sejuk juga. Resepi ini dikongsikan oleh Ziana Cheesad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kulit wantan
  • Isi ayam cincang
  • Telur puyuh (direbus)
  • Bawang putih cincang
  • Bawang merah cincang
  • Daun sup dan daun bawang dihiris
  • Lobak merah disagat
  • Lada hitam
  • Garam

Bahan sup:

  • Halia
  • Bawang putih
  • Rangka ayam
  • Bebola ikan
  • Daun sup
  • Garam

Cara-cara:

  1. Campurkan isi ayam, bawang putih, bawang merah, lobak, daun sup, daun bawang, lada dan garam.
  2. Letakkan isi ayam dan telur puyuh di tengah wantan. Simpulkan mengikut kesukaan anda.
  3. Untuk sup pula, tumis halia dan bawang putih.
  4. Setelah naik bau, masukkan air untuk kuah sup.
  5. Setelah mendidih masukkan rangka ayam, bebola ikan, daun sup, wantan dan garam.
  6. Sedia untuk dihidang.

#10 Sambal Petai Ikan Bilis dan Telur

Imej via Facebook

Sambal petai memang sedap dimakan begitu sahaja. Jika ditambah dengan telur rebus, pasti berganda keenakkannya! Resepi ini dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kiub pati ayam
  • Sedikit gula & garam
  • 1 cawan air asam
  • ½ cawan santan
  • 1 biji bawang besar untuk hiasan

Bahan kisar:

  • Ikan bilis
  • 6 biji telur (direbus dulu)
  • 20 biji petai (dibelah 2)
  • 15 tangkai cili kering (direbus dulu)
  • Sedikit belacan
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, petai, air asam jawa, santan, kiub pati ayam, garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat.
  3. Masukkan telur dan bawang besar sebagai hiasan.
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi telur rebus, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.